Total FAQ Accordion

SOALAN LAZIM

  • Bagaimanakah Colgate Total® berfungsi?

    Colgate Total® memperkuatkan kesihatan mulut anda. Teknologi Colgate Total® menggabungkan pelbagai bahan seperti zink dan arginina, membentuk pertahanan pro-aktif yang melawan bakteria bukan sahaja pada gigi, malah juga pada lidah, pipi dan gusi, menjadikan keseluruhan mulut anda sihat.

  • Apakah fungsi zink dan arginina?

    Zink melawan bakteria dalam mulut dengan pro-aktif, manakala arginina berfungsi untuk memudahkan taburannya agar seluruh mulut anda- gigi, lidah,pipi dan gusi- mendapat kebaikan dari pertahanan yang dipertingkatkan.

  • Adakah zink dan arginina selamat?

    Zink adalah mineral penting yang terkenal dengan bahan anti-bakteria. Arginina pula adalah asid amino yang terdiri daripada blok-blok protein. Kedua-duanya memainkan peranan penting dalam badan kita termasuk pertumbuhan dan meningkatkan kesihatan sistem imun kita. Zink dan arginina sudah wujud secara semula jadi di dalam mulut kita. Berdasarkan ratusan kajian berkenaaan produk-produk yang mengandungi zink, zink di dalam ubat gigi adalah selamat untuk digunakan. Arginina pula mempunyai sejarah yang panjang mengatakan ia selamat digunakan dalam makanan dan dikategorikan sebagai selamat oleh EU Commission dan FDA Amerika Syarikat.

  • Adakah Colgate Total® selamat untuk digunakan oleh ibu mengandung dan yang sedang menyusu?

    Kandungan-kandungan di dalam Colgate Total® telah terbukti selamat dan efektif. Kami memberi jaminan bahawa produk-produk keluaran Colgate-Palmolive hanya akan diperkenalkan di pasaran selepas kandungannya mempunyai rekod yang selamat secara menyeluruh dan berkesan. Diet seharian kita mempunyai lebih banyak arginina berbanding ketika penggunaan ubat gigi ini. Begitu juga zink, yang merupakan elemen penting yang terdapat dalam makanan kita. Kandungan zink yang mungkin dicernakan ketika menggunakan ubat gigi adalah jauh lebih rendah berbanding kandungannya dalam pengambilan makanan harian kita dan ia berada di tahap yang telah dipastikan selamat oleh penguatkuasa keselamatan. Walaubagaimanapun, jika anda mengandung atau sedang menyusukan anak, anda dinasihat mendapatkan nasihat pakar dan doktor pergigian, seperti penggunaan produk lain.

  • Adakah Colgate Total® Selamat untuk kanak-kanak?

    Ya, ia selamat untuk digunakan oleh kanak-kanak berdasarkan syarat penggunaan dan rekomendasi seperti ubat gigi flourida yang lain. Zink adalah elemen penting, dan arginina adalah sejenis nutrien, dan kedua-duanya wujud secara semula jadi dalam diet semua peringkat umur.

  • Apakah variasi yang terdapat dalam rangkaian Colgate Total®?

    Sila layari: Colgate Total®_Jenama colgate.com/ms-my/products/colgate-total untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pelbagai jenis dan faedah Colgate Total®.

  • Adakah Colgate Total® mengandungi alkohol?

    Rangkaian Colgate Total® tidak mengandungi sebarang alkohol.

  • Di manakah saya boleh membeli Colgate Total®?

    Colgate Total® boleh didapati di semua rangkaian kedai-kedai utama, secara atas talian dan secara fizikal. Anda boleh klik 'Beli Sekarang' di link rangkaian Colgate Total® untuk beli sekarang.

*ubat gigi bukan anti-bakteria menawarkan perlindungan flourida

**dengan penggunaan berterusan selama 4 minggu