MCP FAQ Accordion

Soalan Lazim - Pelancaran Semula Colgate Maximum Cavity Protection

  • Apakah ciri-ciri terbaharu?

    Kami di Colgate bekerja keras setiap hari untuk membawakan kepada anda produk penjagaan mulut yang paling maju di dunia. Bermula September 2019, kami memperkenalkan sebuah formula yang langsung baharu untuk perlindungan kaviti. Dengan perkembangan formula lebih sepuluh tahun yang merangkumi puluhan kajian makmal dan klinikal, kami mempersembahkan Colgate Maximum Cavity Protection baharu - kini dengan 'Amino Power+'.

  • Apa itu 'Amino Power+'?

    Amino Power+ merupakan teknologi berpaten unik yang bertindak jauh melebihi apa yang mampu dilakukan dengan fluorida sahaja. Teknologi ini memanfaatkan kuasa dua arah gabungan fluorida dan arginina untuk memberikan anda perlindungan kaviti yang terbaik^ daripada kami. Arginina membantu meneutralkan bakteria dalam mulut dengan menentang asid yang terbentuk daripada gula dalam plak, punca utama berlakunya karies, sebelum ia sempat merosakkan gigi anda. Fluorida membantu menambah kalsium semula jadi* pada gigi untuk menguatkannya. Tindakan bergabung ini memberikan empat kali lebih Kuasa untuk Menguatkan gigi** lantas memberi perlindungan yang lebih baik daripada karies. Colgate Maximum Cavity Protection semasa tidak mempunyai Amino Power+.

  • Apakah yang menjadikan teknologi ini lebih baik daripada ubat gigi yang lain?

    Rumusan baharu ini adalah penemuan terhebat yang diperkenalkan oleh Colgate. Kebanyakan produk hari ini bergantung pada fluorida sahaja, manakala Colgate Maximum Cavity Protection memberi anda perlindungan terbaik^ dengan 'Amino Power+'.

    Terdapat banyak kajian klinikal yang menunjukkan keunggulan prestasi Colgate Maximum Cavity Protection Baharu berbanding ubat gigi fluorida biasa. Colgate Maximum Cavity Protection baharu juga menawarkan 4x LEBIH BERKUASA Untuk Menguatkan Gigi**.

  • Adakah arginina selamat untuk semua orang?

    Ya, Colgate Maximum Cavity Protection baharu dengan arginina selamat untuk pengguna daripada semua peringkat umur yang menggunakan ubat gigi. Sila gunakan produk mengikut arahan pada pek.

  • Bagaimanakah ubat gigi boleh menguatkan gigi dari dalam? Adakah Colgate Maximum Cavity Protection meresap ke dalam gigi?

    Enamel gigi kita berisiko mengalami kehilangan mineral awal (penyahmineralan) akibat pendedahan kepada asid daripada bakteria yang terdapat dalam plak gigi kita, yang boleh memecahkan gula dan kanji daripada pemakanan untuk menghasilkan asid. Semasa serangan asid, mineral enamel penting (kalsium dan fosfat) dilarutkan. Dalam keadaan biasa, di atas paras pH kritikal, air liur anda penuh dengan kalsium dan fosfat, yang mendap secara berterusan pada permukaan enamel gigi anda atau mendap semula di bahagian enamel yang hilang (proses yang dikenali sebagai pemineralan semula). Fenomena ini dibantu oleh keupayaan air liur untuk memelihara struktur mineral enamel.

    Fluorida, yang merupakan bahan anti-kaviti penting dalam Colgate Maximum Cavity Protection menambah lapisan perlindungan pada permukaan enamel dalam bentuk mineral yang dipanggil fluorapatit. Fluorapatit membantu mencegah kehilangan mineral daripada enamel (akibat serangan asid). Fluorapatit juga meningkatkan proses pemineralan semula secara semula jadi dengan menarik mineral kalsium dan fosfat semula jadi daripada air liur anda kembali ke dalam enamel gigi anda yang lemah. Mineral-mineral penting ini menembus ke dalam permukaan enamel, untuk menguatkan dan mengukuhkan semula enamel yang lemah.

    Colgate Maximum Cavity Protection baharu juga mengandungi arginina, yang diuraikan oleh bakteria sihat dan membantu mengekalkan tahap pH di atas paras kritikal, dan dengan itu menggalakkan proses pemineralan semula.

  • Adakah Colgate meningkatkan kandungan fluorida dengan formula baharu ini?

    Tidak

  • Adakah kalsium semula jadi sama seperti susu?

    Tidak. Kalsium semula jadi merujuk kepada kalsium yang terdapat dalam air liur anda. Susu adalah bahan yang berbeza.

  • Mengapakah anda membuat perubahan terhadap Colgate Maximum Cavity Protection? Saya sukakan yang dahulu!

    Kami di Colgate komited kepada falsafah peningkatan berterusan, dan kami terus mencuba untuk meningkatkan apa yang kami tawarkan sesuai dengan keperluan orang yang sentiasa berubah.

    Kini, dengan gaya hidup yang serba pantas dan perubahan diet, kami semua memerlukan perlindungan yang lebih baik dan lebih kuat daripada masalah kesihatan mulut.

    Colgate Maximum Cavity Protection baharu adalah langkah kami ke arah itu, iaitu untuk memberikan anda perlindungan kaviti yang terbaik^.

  • Saya berasa kagum. Saya ingin bekerjasama dengan anda?

    Kami mengalu-alukan pandangan anda! Hubungi kami melalui Hal Ehwal Pengguna Malaysia (1-800-883-918) dan Singapura (800-6011-251)

+Amino Power adalah formula unik yang mengandungi arginina serta sumber kalsium dan fluorida yang tidak larut
*Membantu menambah kalsium semula jadi daripada air liur melalui Tindakan Fluorida
**Menguatkan enamel terhadap serangan asid berbanding ubat gigi fluorida biasa selepas 10 kali penggunaan dalam ujian yang dijalankan
^Untuk perlindungan dari kaviti; berbanding dengan formula dahulu