Badge field

Adakah Ubat Gigi Dengan Arang Berkesan?

Published date field

Jika anda kerap menyemak siaran media sosial, anda mungkin pernah terjumpa gambar senyuman dengan gigi yang diliputi busa hitam. Ubat gigi arang ialah topik hangat, dan anda mungkin pernah tertanya-tanya jika anda patut menukar ubat gigi biasa anda kepada ubat gigi hitam ini. Tetapi adakah pemutih gigi dengan arang berkesan?

Apakah Kandungan Ubat Gigi Arang?

Seperti yang anda mungkin teka, bahan utama dalam ubat gigi arang ialah arang. Ia tidak sama dengan arang yang digunakan pelukis atau untuk memasak BBQ. Arang yang digunakan dalam ubat gigi dikenali sebagai arang diaktifkan.

Seperti yang dinyatakan oleh National Institutes of Health, arang diaktifkan ialah sama dengan arang yang biasa dari pelbagai segi. Ia boleh dihasilkan daripada kayu, gambut, tempurung kelapa, petroleum atau batu arang. Perbezaan yang paling besar antara kedua-duanya ialah semasa penghasilan, arang diaktifkan didedahkan kepada gas khas yang memberikannya liang-liang atau ruang yang besar di dalamnya. Liang-liang yang besar ini menjadikan arang ini bersifat lebih menyerap, membolehkannya menyerap jenis bahan.

Selain arang diaktifkan, terdapat pelbagai bahan lain yang mungkin terkandung dalam ubat gigi arang. Anda mungkin menemui perasa pudina, minyak kelapa atau serbuk penaik dalam ubat gigi arang. Sesetengahnya mengandungi fluorida. Yang lain pula tidak dihasilkan sebagai ubat gigi tetapi dalam bentuk tablet atau serbuk.

Adakah Arang Dapat Memutihkan Gigi?

Arang diaktifkan mula terkenal kerana sifatnya yang boleh menyerap bahan kimia; namun demikian, ia tidak jelas jika ubat gigi boleh menyerap kesan yang ditinggalkan pada enamel gigi atau jika ia setakat menggosok permukaan gigi.

Sehingga kini, keberkesanan pemutih gigi arang masih belum terbukti sepenuhnya. Kajian yang diterbitkan oleh Journal of the American Dental Association menerangkan bahawa lebih banyak kajian perlu dijalankan ke atas topik ini.

Adakah Arang Pilihan Baik untuk Anda?

Jenis perubahan warna gigi yang anda alami mungkin mempengaruhi jenis rawatan pemutihan yang paling berkesan. Bagi sesetengah orang, ubat gigi pemutih mungkin mencukupi untuk menanggalkan kesan pada permukaan dan mencerahkan senyuman mereka.

Media sosial menjadikannya mudah untuk bahan-bahan tertentu diisytiharkan sebagai trend produk penjagaan mulut yang terkini. Tetapi pada akhirnya, jika anda ingin menguji sesuatu, pastikan anda memilih jenama yang dipercayai sebelum anda membeli ubat gigi hitam itu.

This article is intended to promote understanding of and knowledge about general oral health topics. It is not intended to be a substitute for professional advice, diagnosis or treatment. Always seek the advice of your dentist or other qualified healthcare provider with any questions you may have regarding a medical condition or treatment.