berus gigi buluh - colgate my
Badge field

Adakah Berus Gigi Buluh Sesuai Untuk Anda?

Published date field Terakhir dikemaskini:

Dengan peningkatan kesedaran alam sekitar, ramai yang ingin membuat pilihan lebih bijak mengenai penggunaan plastik. Untuk golongan tertentu, berus gigi buluh merupakan cara yang mudah untuk mengurangkan penggunaan plastik di rumah.

Apakah yang salah dengan berus gigi plastik tradisional? Menurutkan National Geographic, lebih 448 juta tan plastik dihasilkan setiap tahun dan ini menimbulkan pelbagai masalah kerana plastik tidak boleh terurai dan kebanyakan kali tidak dikitar semula. Produk plastik tertentu — misalnya penyedut minuman dan berus gigi — amat sukar, jika bukan mustahil, untuk dikitar semula. Adakah berus gigi dengan pemegang buluh merupakan pilihan yang lebih baik untuk planet ini? Jika ya, adakah ia membersihkan gigi sebaik sebatang berus gigi plastik?

Apa itu Berus Gigi Buluh?

Berus gigi buluh adalah sama seperti mana-mana berus gigi biasa yang boleh didapati di kedai runcit. Ia mempunyai sebatang pemegang dan bulu berus untuk menanggalkan cebisan makanan dan plak dari gigi anda. Perbezaan utama antara berus gigi buluh dan plastik ialah bahan yang digunakan untuk membuat pemegang.

Walaupun berus gigi buluh kelihatan seperti alat mesra alam yang baru wujuid, ia sebenarnya antara jenis berus gigi yang tertua di dunia. Seperti yang dinyatakan oleh Library of Congress, bulu berus yang terawal dicipta di China pada abad ke-15 dan terdiri daripada berus bulu haiwan dan pemegang buluh.

Walaupun anda lebih cenderung menemui bulu berus nilon pada berus gigi buluh, produk tertentu masih diperbuat daripada bulu haiwan. Terdapat juga berus yang dilapis dengan arang diaktifkan, yang boleh membantu memutihkan gigi.

Adakah Buluh Sememangnya Mesra Alam?

Semasa memilih bahan buatan berus gigi, pertimbangkan bagaimana buluh berbeza daripada plastik dan kayu. Buluh tumbuh dengan cepat, tidak memerlukan penjagaan yang rapi dan boleh kekal subur tanpa baja atau racun perosak.

Apabila digunakan dalam bentuk asalnya, contohnya sebagai pemegang berus gigi, buluh meninggalkan kesan ekologi yang lebih kecil berbanding plastik. Ini kerana buluh terbiodegradasikan. Anda boleh menghasilkan kompos dengan pemegang berus gigi buluh jika anda menanggalkan bulu berus nilon terlebih dahulu. Anda juga boleh mencari cara yang kreatif untuk mengguna semula pemegang buluh, misalnya sebagai penanda tanaman untuk laman anda. Namun demikian, jika berus gigi buluh dibuang terus ke dalam tong sampah, ia tidak begitu lebih mesra alam berbanding berus gigi jenis plastik.

Jika anda inginkan berus gigi yang boleh terbiodegrasi sepenuhnya, pilih jenis yang mempunyai pemegang buluh dan bulu berus yang dihasilkan daripada bulu haiwan. Ingat bahawa bulu haiwan adalah lebih kasar daripada nilon, dan bulu berus yang kasar boleh menghauskan enamel anda haus, selain menyebabkan penyusutan gusi.

Penggunaan dan Penjagaan Berus Gigi Buluh

Anda boleh menggunakan berus gigi pemegang buluh dengan cara sama anda menggunakan berus gigi plastik sambil mengamalkan pertimbangan yang sama. Semasa memilih berus gigi anda, perhatikan saiz kepala, bentuk pemegang dan jenis bulu berus. Sebolehnya, pilih berus gigi dengan bulu yang lembut dan kepala berus yang muat ke dalam mulut anda dengan selesa, serta pemegang yang mudah dipegang.

Anda patut menggantikan berus gigi buluh sebagaimana kerap anda menggantikan berus gigi yang lain. American Dental Association menyarankan untuk menggantikan berus gigi setiap tiga bulan, atau jika bulu berus telah kembang atau haus. Menggantikan berus gigi lama dapat membantu menjaga kebersihan gigi anda.

Dapatkan nasihat doktor gigi anda jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai berus gigi buluh. Mereka boleh membantu anda memilih berus gigi yang paling sesuai untuk anda dan mencadangkan pengesyoran yang dapat mengekalkan kesihatan mulut anda sambil menjaga alam sekitar.

Artikel ini bertujuan meningkatkan pemahaman dan pengetahuan mengenai topik berkaitan kesihatan mulut secara umum. Ia tidak bertujuan menggantikan nasihat, diagnosis atau rawatan profesional. Dapatkan nasihat daripada doktor gigi atau penyedia penjagaan kesihatan lain yang berkelayakan sekiranya anda mempunyai pertanyaan berkaitan keadaan atau rawatan perubatan.