Badge field

Bahagian Mulut dan Fungsinya

Published date field

Mulut, atau rongga mulut, terdiri daripada beberapa bahagian yang berfungsi bersama supaya anda boleh bernafas, bercakap, makan dan mencerna makanan. Apabila anda memahami bagaimana setiap bahagian mulut berfungsi dan bagaimana ia mempengaruhi kesihatan anda, penjagaan mulut akan membawa maksud baru. Berikut adalah fungsi setiap bahagian mulut.

Bibir dan Pipi

Bibir dan pipi anda terdiri daripada otot-otot yang membolehkan anda memuncungkan mulut untuk ciuman, tetapi juga membantu mengawal ekspresi wajah anda seperti gembira dan sedih. Bibir membolehkan udara memasuki mulut anda untuk bernafas, dan bersama dengan pipi, membantu anda bercakap. Ia juga memastikan makanan dan air liur kekal di dalam mulut semasa mengunyah. Paling penting sekali, otot-otot yang kuat ini membimbing dan memastikan gigi anda berada pada kedudukan yang betul.

Lidah

Lidah ialah otot kuat yang memudahkan anda mengunyah, menelan, bercakap dan merasa makanan. Dengan menggunakan tunas rasa – reseptor deria yang terdapat pada lidah anda – anda boleh menikmati rasa makanan. Anda mempunyai kira-kira 10,000 tunas rasa pada lidah dan bahagian lain di dalam mulut anda yang membolehkan anda mengenali rasa manis, masin, pahit dan masam.

Gigi, Gusi dan Tulang Alveolar

Gigi anda mempunyai korona enamel keras dengan akar yang mencengkam ke dalam tulang rahang anda. Tulang alveolar mengelilingi akar ini untuk menstabilkan gigi di dalam mulut anda, manakala tisu gusi juga mengekalkan kedudukan gigi dan melindungi akar daripada pereputan. Fungsi utama gigi anda ialah untuk memecah dan mengunyah makanan supaya ia boleh dihadam dengan betul. Ia juga mempengaruhi betuk muka anda dan membantu anda menyebut bunyi tertentu (dan secara luaran, menghasilkan senyuman yang indah).

Kelenjar Air Liur

Anda mempunyai enam kelenjar air liur yang menghasilkan cecair jernih yang dikenali sebagai air liur. Selain air sebagai bahan utama, air liur juga mengandungi bahan-bahan yang menguraikan makanan untuk memulakan proses pencernaan. Seain itu, air liur melembapkan mulut anda bagi memudahkan anda bercakap, mengunyah dan menelan. Ia juga membersihkan bakteria dari gigi dan gusi anda untuk membantu mencegah gigi berlubang dan penyakit gusi. Mineral dan protein yang terdapat dalam air liur memainkan peranan penting untuk melindungi enamel gigi daripada mereput, dan badan anda menghasilkan kira-kira 950ml hingga 2,000ml air liur setiap hari, menurut laman web Healthline.

Sendi Temporomandibular

Keupayaan anda untuk membuka dan menutup mulut, menggerakkan rahang bawah ke depan dan sisi ke sisi, begitu juga mengunyah, bercakap dan menelan semuanya kerana sendi temporomandibular (TMJ). Menurut Persatuan Pergigian Amerika, dua sendi ini yang terletak pada kedua-dua belah kepala anda berkerjasama dengan tulang rahang, otot muka dan ligamen anda. Sebarang gangguan dalam penyegerakan pasangan sendi ini – misalnya artritis atau mengisar gigi – boleh mengakibatkan sakit muka, kesukaran mengunyah dan halangan lain pada pergerakan rahang yang normal.

Jaga Kesihatan Rongga Mulut Anda

Rutin kebersihan mulut yang memastikan kebersihan setiap bahagian mulut anda melibatkan pemberusan gigi dua kali sehari, penggunaan ubat gigi berfluorida dan pembersihan gigi anda dengan flos pergigian. Jangan lupa memberus lidah anda dengan kerap untuk memastikan tunas rasa berfungsi dengan sebaik mungkin. Mengumur dengan ubat kumur antimikrobial boleh mengurangkan jumlah bakteria dalam mulut anda dan membantu melawan kuman nafas berbau.

Mengelakkan produk tembakau dan mengehadkan pengambilan gula dan karbohidrat yang membawa kepada kerosakan gigi juga memberi manfaat kesihatan yang lebih daripada dinyatakan di atas.

Ia adalah penting untuk menjadualkan temu janji pergigian dan pembersihan profesional untuk menanggalkan tartar dan plak yang tidak dapat dicapai oleh berus gigi anda. Doktor gigi anda juga akan menjalankan saringan kanser mulut dan memeriksa setiap bahagian mulut anda untuk tanda-tanda penyakit ini.

Walaupun gigi yang cantik adalah penting, mulut yang sihat merangkumi lebih daripada itu. Memastikan setiap bahagian mulut anda berfungsi dengan baik bukan sahaja memastikan kesihatan pergigian yang baik, tetapi kesihatan yang baik secara keseluruhan.

This article is intended to promote understanding of and knowledge about general oral health topics. It is not intended to be a substitute for professional advice, diagnosis or treatment. Always seek the advice of your dentist or other qualified healthcare provider with any questions you may have regarding a medical condition or treatment.