Perkara sama yang menyebabkan kaviti pada gigi belakang anda juga boleh menyebabkan kereputan pada gigi hadapan anda, seperti:
Selain itu, kerosakan gigi pada kanak-kanak kecil yang dikenali sebagai karies awal kanak-kanak (ECC), merupakan kerosakan gigi yang berlaku kepada kanak-kanak di bawah umur enam tahun, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia. Jika tidak dirawat, kaviti kanak-kanak boleh membawa kepada masalah gigi yang lebih melarat malahan masalah kesihatan juga.
Menurut maklumat daripada Kementerian Kesihtan Malaysia, bayi dan kanak-kanak lebih berisiko mendapat kaviti pada gigi hadapan mereka melalui tindakan ini:
Minuman bergula tidak seharusnya diberikan kepada kanak-kanak, namun susu dan jus boleh diberikan kepada mereka pada waktu makan. Air adalah minuman terbaik untuk diberikan kepada kanak-kanak di atas katil dan sepanjang hari.
Oleh sebab anda mungkin tidak menyedari anda mempunyai kaviti, maka Kementerian Kesihatan Malaysia mengesyorkan pemeriksaan doktor gigi dilakukan setiap enam bulan. Jika anda mendapati terdapat kaviti pada gigi hadapan, sebaiknya berjumpalah dengan doktor gigi anda segera. Anda tidak mahu kereputan itu melarat.
Anda boleh amati warna gigi dan anda boleh lihat kereputan bermula daripada bintik putih seterusnya kepada perang muda atau kelabu. Pada ketika itu, dapatkan rawatan gigi sebelum gigi menjadi perang gelap atau hitam. Anda atau anak anda mungkin juga mengalami kesakitan atau kesensitifan terhadap rasa sejuk, panas atau manisan.
Untuk merawat kaviti gigi depan kekal, doktor gigi akan mengeluarkan bahagian gigi yang reput dan mengisinya dengan bahan pemulih yang kuat.
Doktor gigi anda mungkin menggunakan tampalan komposit berwarna gigi yang diperbuat daripada resin plastik dan unsur-unsur seperti kaca yang dikisar halus untuk penampilan semula jadi. Rawatan ini biasanya memerlukan satu sesi rawatan.
Untuk memulihkan masalah penampilan yang timbul akibat kaviti pada gigi hadapan, doktor gigi anda mungkin mengesyorkan rawatan kaviti dengan salah satu prostetik ini:
Pilihan rawatan penampilan ini mungkin memerlukan dua sesi rawatan atau lebih.
Doktor gigi anda boleh membantu anda menentukan pilihan rawatan terbaik menurut situasi anda dan anak anda.
Berita baiknya, adalah anda boleh mengurangkan risiko kereputan gigi anda dan anak anda dengan ketara melalui beberapa langkah mudah:
Dengan melakukan rutin penjagaan kesihatan mulut, anda boleh mengekalkan senyuman yang sihat sepanjang hayat anda. Elakkan makanan dan minuman yang manis dan berasid serta berus dan flos gigi anda dua kali sehari untuk mengekalkan mulut yang sihat.
Artikel ini bertujuan meningkatkan pemahaman dan pengetahuan mengenai topik berkaitan kesihatan mulut secara umum. Ia tidak bertujuan menggantikan nasihat, diagnosis atau rawatan profesional. Dapatkan nasihat daripada doktor gigi atau penyedia penjagaan kesihatan lain yang berkelayakan sekiranya anda mempunyai pertanyaan berkaitan keadaan atau rawatan perubatan.