PEMUTIHAN GIGI
Makanan dan minuman, begitu juga usia yang meningkat akan menjejaskan gigi kita, termasuk menyebabkan perubahan warna gigi.
PEMUTIHAN GIGI
Sama ada sakit berdenyut-denyut atau sensasi tajam dan menikam, rasa sakit adalah kesan sampingan gigi berlubang (kaviti), dan kadang-kalanya kita tidak dapat berjumpa doktor gigi dengan segera.
Pernahkah anda tiba-tiba berasa tidak cukup air liur dalam mulut anda? Adakah anda mempunyai masalah menelan atau bercakap? Air liur yang tidak mencukupi mungkin disebabkan oleh suatu keadaan yang dikenali sebagai mulut kering. Berita baiknya ialah rawatan mulut kering itu mudah, dan dalam kebanyakan kes, anda hanya memerlukan rawatan di rumah. Ketahui apakah mulut kering dan bila anda perlu berjumpa dengan pakar pergigian.
Mulut kering juga dikenali sebagai xerostomia. Keadaan ini berlaku apabila kelenjar air liur anda tidak menghasilkan air liur yang mencukupi untuk melembapkan mulut anda. Air liur sangat penting untuk mencegah kereputan gigi, meningkatkan keupayaan deria rasa anda, memudahkan anda menelan, dan membantu pencernaan yang sihat. Oleh itu, mulut kering boleh mempengaruhi secara keseluruhan kesihatan anda.
Bagaimanakah anda boleh mengetahui sama ada anda mempunyai mulut kering? Kementerian Kesihatan Malaysia menyatakan bahawa jika anda mempunyai keadaan ini, anda akan mengalami gejala berikut:
Untuk melegakan gejala mulut kering di rumah, anda boleh mencuba sebarang rawatan berikut:
Sesetengah produk boleh membuatkan gejala anda semakin teruk dan anda perlu mencegah segala kemungkinan tersebut. Ini termasuklah kafein, alkohol, tembakau, antihistamin dan dekongestan OTC, serta makanan bergula atau berasid.
Amalan rutin kebersihan mulut yang bagus juga sangat penting: berus gigi anda menggunakan ubat gigi berfluorida dua kali sehari dan bersihkan celah gigi anda setiap hari menggunakan berus antara gigi, flos, atau flos air.
Jadi bilakah anda perlu berjumpa dengan doktor atau doktor gigi anda untuk masalah mulut kering? Jika gejala anda berlanjutan walaupun dengan rawatan di rumah, sebaiknya berunding dengan doktor gigi atau doktor anda. Mereka boleh mempreskripsikan ubat yang boleh merangsang penghasilan air liur.
Anda juga perlu tahu bahawa mulut kering boleh dikaitkan dengan masalah kesihatan yang lain. KKM menunjukkan bahawa mulut kering ialah kesan sampingan biasa ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat alahan, sakit, keresahan, kemurungan, hipertensi, cirit-birit, kontinens kencing, dan penyakit Parkinson. Doktor anda boleh menentukan untuk mengubah pengambilan ubat anda bagi membantu mengatasi gejala mulut kering anda.
Sesetengah penyakit juga boleh menyebabkan mulut kering. Sebagai contoh, sindrom Sjögren, penyakit Alzheimer, atau strok. Dalam kes ini, doktor anda akan mengesyorkan rawatan yang boleh meningkatkan aliran air liur yang sihat.
Pengalaman mulut kering mungkin agak tidak selesa akibat kesukaran untuk makan dan menelan. Namun dengan rawatan di rumah, anda boleh merawat mulut kering anda dengan mudah dan berkesan. Sekiranya gejala anda berlanjutan, doktor dan doktor gigi anda boleh membantu untuk memastikan anda boleh menikmati kembali makanan kegemaran anda dalam masa yang singkat!
Artikel ini bertujuan meningkatkan pemahaman dan pengetahuan mengenai topik berkaitan kesihatan mulut secara umum. Ia tidak bertujuan menggantikan nasihat, diagnosis atau rawatan profesional. Dapatkan nasihat daripada doktor gigi atau penyedia penjagaan kesihatan lain yang berkelayakan sekiranya anda mempunyai pertanyaan berkaitan keadaan atau rawatan perubatan.
Colgate® menawarkan artikel tentang kebimbangan lazim berhubung penjagaan mulut dan gigi, termasuk kaviti, karies gigi, pengumpulan plak & tartar, penyakit gusi, luka kanker, luka sejuk, nafas berbau dan banyak lagi.
Dapatkan maklumat tentang penyebab mulut kering, ketahui bagaimana ia dirawat dan cara untuk mengetahui jika anda mempunyai mulut kering di Colgate.com.my. Dengan maklumat kesihatan dan petua penjagaan mulut, anda boleh mencapai kesihatan gigi yang lebih baik, tidak kira usia.
Colgate® menawarkan artikel tentang kebimbangan lazim berhubung penjagaan mulut dan gigi, termasuk kaviti, karies gigi, pengumpulan plak & tartar, penyakit gusi, luka kanker, luka sejuk, nafas berbau dan banyak lagi.
Lebih ramai pakar gigi di seluruh dunia mempercayai Colgate. Temukan sumber, produk dan maklumat demi masa depan pesakit yang lebih sihat