Karies gigi (gigi berlubang) ialah penyakit yang paling biasa berlaku dalam kalangan manusia, dan proses pembentukan karies dipanggil kerosakan gigi.
Kerosakan gigi ialah pemusnahan enamel gigi anda - lapisan luar gigi anda yang keras.
Isu ini menjejaskan gigi kanak-kanak, remaja mahupun dewasa Plak iaitu lapisan bakteria yang melekit, sentiasa terbentuk pada gigi anda. Apabila anda mengambil makanan atau minuman yang bergula, bakteria dalam plak menghasilkan asid yang menyerang enamel gigi. Plak yang melekit akan mengakibatkan asid ini sentiasa bersentuhan dengan gigi, dan lama kelamaan enamel akan menjadi haus, menurut American Dental Association (ADA).
Jenis karies yang terbentuk boleh dibahagikan kepada dua kumpulan utama:
Karies pit dan fisur. Ini sering dijumpai pada permukaan gigi belakang (geraham dan geraham kecil) yang digunakan untuk mengunyah, dan di belakang gigi depan (anterior).
Gigi anda terdiri daripada beberapa bahagian enamel, dan di mana setiap bahagian ini bersentuhan, plak boleh terperangkap dalam lubang-lubang kecil (pits) dan alur, seterusnya menyebabkan pereputan. Penggunaan sealant pit dan fisur yang betul , boleh mencegah jenis karies gigi ini, iaitu bahan plastik keras yang digunakan untuk menutup alur dan lubang-lubang kecil selepas gigi timbul. Sealant juga mengurangkan kebarangkalian untuk keperluan kerja pemulihan (tampalan) pada permukaan gigi.
Karies permukaan licin. Karies jenis ini sering dijumpai sepanjang garis gusi atau pada permukaan di mana dua gigi bersentuhan (interproksimal atau ruang antara gigi), jika plak terbentuk di kawasan-kawasan tersebut. Penggunaan betul flos gigi boleh mencegah kebanyakan karies permukaan licin di kawasan interproksimal, dan penggunaan berus gigi manual atau berkuasa di sepanjang garis gusi juga boleh mencegah karies di kawasan ini.
Alat Kebersihan Gigi dan Produk Pencegahan
Terdapat pelbagai alat bantu kesihatan gigi yang boleh membantu menghindarkan karies gigi. Berus gigi berkualiti yang mempunyai sudut dan bulu berus yang sesuai untuk membantu menanggalkan plak adalah penting untuk dimiliki. Berus gigi berkuasa dengan yang harga berpatutan boleh didapati untuk membantu menanggalkan plak dengan lebih berkesan. Doktor gigi boleh membantu anda memilih berus gigi yang terbaik untuk menanggalkan plak.
Penggunaan ubat gigi yang mengandungi fluorida boleh untuk mencegah karies gigi kerana fluorida dalam ubat gigi menyediakan lapisan pelindung yang meneutralkan serangan asid yang disebabkan plak. Sebaiknya, dapatkan cadangan profesional doktor gigi anda.