+ more

Tiub dan kotak Ubat Gigi Colgate Total
Colgate® Total
Ubat Gigi Colgate® Total Pencegahan Aktif - Charcoal Clean
Bantu membersihkan gigi, menjadikan mulut lebih bersih dan segar
Ringkasan Produk
Ubat Gigi Colgate® Total Charcoal Clean yang baharu untuk Pencegahan Aktif, bantu mencegah 8 punca utama masalah kesihatan mulut - Masalah Gusi, Plak, Karang Gigi, Sensitiviti, Hakisan Enamel, Noda Gigi^, Nafas Berbau, dan Kaviti.
Teknologi Pencegahan yang Canggih dan Dipatenkan ini terbukti secara klinikal untuk melawan bakteria selama 24 jam*, memberikan perlindungan antibakteria berpanjangan untuk mencegah masalah penjagaan mulut sebelum ia terjadi. Formula unik ini mengandungi bahan aktif semulajadi yang distabilkan khas*** untuk mencegah pelbagai masalah gigi secara berkesan.
*berus gigi 2x sehari dengan penggunaan berterusan selama 4 minggu
#masalah penjagaan mulut berpunca daripada bakteria plak, noda gigi dan asid makanan
***berbanding ubat gigi fluorida tanpa antibakteria
^noda gigi luaran
Soalan Lazim
Adakah Colgate® Total yang baharu sebagus dengan yang lama?
Colgate® Total yang baharu diformulasikan dengan manfaat utama yang juga ada dalam formula terdahulu dengan sokongan bahan aktif antibakteria terbaru, 'stannous fluoride'. Kehadiran 'stannous fluoride' bioaktif memastikan kesan antibakteria yang lebih kuat, memberikan manfaat pengurangan plak, nafas segar, pengurangan karang gigi, pengurangan sensitiviti, pencegahan hakisan enamel, pencegahan masalah gusi dan antikaviti. Teknologi ini memberi pengalaman memberus gigi yang lebih unik dalam rangkaian Colgate® Total yang baharu, kerana elemen sensori utama telah disesuaikan mengikut setiap varian.
Adakah Colgate® Total yang baharu masih mengekalkan perlindungan selama 12 jam?
Ya, Colgate® Total Pencegahan Aktif yang baharu memberikan perlindungan antibakteria selama 24 jam untuk mulut anda, termasuklah gigi, lidah, pipi dan gusi, dengan memberus gigi dua kali sehari selepas 4 minggu penggunaan berterusan.
Bagaimana cara menggunakan Colgate® Total untuk mencegah masalah penjagaan mulut?
Gunakan Ubat Gigi Colgate® Total dua kali sehari untuk mencegah masalah penjagaan mulut secara aktif sebelum ia terjadi.
Langkah 1: Gunakan Ubat Gigi Colgate® Total bersama Berus Gigi Colgate® Gentle Gum Care untuk memberus gigi selama 2 minit.
Langkah 2: Gunakan Ubat Kumur Colgate® Plax untuk berkumur selama 30 saat.