Sejak syarikat ditubuhkan pada tahun 1806, matlamat kami sentiasa adalah untuk menyokong dan meningkatkan kesihatan mulut pada skala yang paling besar. Kami telah berbuat demikian, bukan sahaja dengan membangunkan produk dan solusi terbaik untuk senyuman anda, malah dengan menyediakan akses penjagaan kesihatan mulut dan pendidikan secara meluas, sambil melakukan yang terbaik untuk mengehadkan kesan alam sekitar kami.
Kami adalah peneraju global dalam kesihatan mulut – jenama yang paling dipercayai di dunia. Dengan lebih banyak inovasi yang dipatenkan daripada jenama lain dalam kategori ini, kami mempunyai perkongsian terbesar dengan pakar pergigian, dan program jangkauan dan pendidikan kesihatan mulut yang sudah wujud sekian lama.
Kami percaya bahawa setiap orang berhak mendapat masa depan yang cerah.
Tujuan kami adalah untuk menyokong dan meningkatkan kesihatan mulut di seluruh dunia.
Kami berjanji untuk mencipta senyuman yang menyerlahkan keyakinan diri, sekali gus melakar masa hadapan yang lebih cerah.
Segala ilmu sains, kepakaran dan pengetahuan kami tentang kesihatan mulut, serta perkongsian kami dengan pakar dan organisasi pergigian bertujuan untuk membantu semua orang melakukan yang terbaik untuk senyuman mereka di samping mereka bentuk inovasi lestari yang terbaik untuk memelihara planet kita
SAINS & INOVASI
Pasukan pakar saintifik kami membangunkan teknologi termaju untuk mencipta produk dan solusi terbaik kami untuk senyuman anda.
KOMITMEN KESIHATAN MULUT
Matlamat kami adalah supaya setiap orang tidak sekadar tahu cara menjaga senyuman mereka, malah mempunyai akses kepada produk dan perkhidmatan penjagaan mulut.
KESAN ALAM SEKITAR
Kami menyedari kesan operasi kami terhadap alam sekitar dan melakukan yang terbaik untuk melindungi planet ini.
Perniagaan kecil sabun dan lilin yang dimulakan oleh William Colgate di New York City pada awal abad ke-19 kini, lebih 200 tahun kemudian, sebuah syarikat global yang melayani ratusan juta pengguna di seluruh dunia. Sepanjang sejarah ini, warga Colgate dan nilai-nilai Colgate telah menjadi nadi kejayaan kami.