PEMUTIHAN GIGI
Makanan dan minuman, begitu juga usia yang meningkat akan menjejaskan gigi kita, termasuk menyebabkan perubahan warna gigi.
PEMUTIHAN GIGI
Sama ada sakit berdenyut-denyut atau sensasi tajam dan menikam, rasa sakit adalah kesan sampingan gigi berlubang (kaviti), dan kadang-kalanya kita tidak dapat berjumpa doktor gigi dengan segera.
KELEGAAN SENSITIVITI* DALAM 1 MINIT
KELEGAAN SENSITIVITI* DALAM 1 MINIT
Kehidupan tanpa sensitiviti bermula hari ini dengan Colgate® Sensitive Pro-Relief™. Ia terbukti secara klinikal untuk memberikan kelegaan sensitiviti dalam 1 minit* dengan perlindungan berpanjangan** dan mengandungi Pro-Argin yang membentuk lapisan pelindung pada kawasan sensitif.
*untuk kelegaan segera dalam 1 minit, sapukan terus pada gigi sensitif dengan hujung jari dan urut dengan lembut selama 1 minit
**untuk perlindungan berpanjangan, sapukan pada berus gigi lembut dan pastikan untuk memberus semua kawasan sensitif gigi. Berus dua kali sehari
Melawan kaviti, mempromosikan kesihatan gusi, memutihkan gigi^, menghapuskan plak, menguatkan enamel, menyegarkan nafas dan mengatasi sensitiviti gigi dalam 1 minit*.
^kotoran ekstrinsik; apabila memberus: dengan penggunaan biasa.
Dilengkapi dengan Kalsium untuk membantu menguatkan penghalang mineral gigi supaya kawasan sensitif gigi lebih tahan dan dilindungi daripada serangan asid.
Melegakan sensitiviti dalam 1 minit^
Arginine ialah ramuan dalam ubat gigi sensitif kami yang membentuk lapisan pelindung di atas dentin terdedah, justeru membantu mengurangkan sensitiviti gigi. Lapisan pelindung ini berfungsi dengan menghalang rangsangan luar seperti makanan dan minuman panas, sejuk atau manis daripada mencapai tubul dentin untuk membantu anda mengelakkan ketidakselesaan.
Kami mengesyorkan anda menggunakan ubat gigi untuk gigi sensitif kami dua kali sehari. Untuk kelegaan sensitiviti yang berpanjangan, ikuti nasihat doktor gigi anda.
Apabila anda menggunakan ubat gigi sensitif kami, sebaiknya elakkan perkara yang boleh menjejaskan keberkesanan ubat gigi dan meningkatkan sensitiviti. Ini termasuk makanan dan minuman berasid seperti jus oren dan lemon serta makanan yang diawet. Selain itu, anda disyorkan menggunakan berus gigi dengan bulu lembut dan mengelakkan berus yang keras kerana ia boleh menghakis enamel gigi anda.
Jangan lupa untuk merujuk dengan doktor gigi anda untuk mendapatkan pelan peribadi tentang memberus dan menjaga gigi anda.