Scientist in laboratory

Mengubah dunia, kejayaan demi kejayaan

Mengubah dunia, kejayaan demi kejayaan

Dengan lebih 200 tahun pengalaman, kami adalah syarikat produk penjagaan mulut yang paling dipercayai di seluruh dunia. Kami telah memperoleh kepercayaan itu kerana kami melabur lebih banyak dalam penyelidikan dan pembangunan berbanding dengan syarikat penjagaan kesihatan mulut yang lain. Pakar-pakar kami menggunakan teknologi termaju untuk mencipta produk berteraskan kajian saintifik yang anda perlukan untuk mengukir senyuman yang sihat.

Kampus teknologi Colgate kami

Pasukan kami, yang terdiri daripada lebih 900 orang yang bekerja di fasiliti penyelidikan dan pembangunan tercanggih kami di New Jersey, menjalankan lebih daripada 200 ujian klinikal dan memfailkan sekitar 100 paten setiap tahun. Menerusi inovasi sains, kami dapat memahami manfaat kesihatan sebenar produk kami dan membantu kami membangunkan produk baharu untuk menangani keadaan yang baru muncul. Tonton video ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang Pusat Penyelidikan Klinikal Volpe.

Penemuan sains menghasilkan produk baharu terulung

Penyelidikan dan pembangunan saintifik kami telah menghasilkan lebih banyak inovasi yang dipatenkan berbanding dengan syarikat penjagaan mulut yang lain. Yang berikut ialah beberapa inovasi terkini: