Dan ada masanya, gigi kuning disebabkan oleh genetik.
Sama ada gigi anda mempunyai sedikit kesan kuning atau sangat kuning, terdapat beberapa kaedah untuk menghilangkan gigi kuning — secara beransur-ansur atau secara pantas, bergantung pada kaedah pemutihan gigi yang anda pilih.
Walaupun produk ini tidak berkesan secepat rawatan profesional, ia adalah cara yang mudah untuk mencapai matlamat anda iaitu menghilangkan warna kekuningan pada gigi.
Jika anda ingin mengekalkan gigi yang elok dan putih, elakkan daripada merokok dan kurangkan pengambilan kopi dan air bergas. Biasakan diri menggunakan straw semasa meminum minuman berwarna gelap dan minuman berasid untuk mencegah gigi kuning. Minum susu atau air kosong selepas makan atau minum sesuatu yang berasid untuk mengurangkan kesan penghakisan asid.
Memberus dan memflos juga dapat membantu, selain mengelakkan makanan ringan antara waktu makan untuk membolehkan air liur anda mencairkan asid di dalam mulut anda. Pastikan untuk menggunakan produk berfluorida untuk melindungi gigi anda, dan dapatkan rawatan doktor gigi anda untuk sebarang simptom mulut kering.
Sekiranya gigi anda masih kuning walaupun memberus dan memflos gigi dua kali sehari, tiba masanya untuk mencari penyelesaian lain. Dengan adanya pelbagai cara untuk menangani gigi kuning, tiada lagi alasan untuk menyembunyikan senyuman anda yang menarik.
Artikel ini bertujuan meningkatkan pemahaman dan pengetahuan mengenai topik berkaitan kesihatan mulut secara umum. Ia tidak bertujuan menggantikan nasihat, diagnosis atau rawatan profesional. Dapatkan nasihat daripada doktor gigi atau penyedia penjagaan kesihatan lain yang berkelayakan sekiranya anda mempunyai pertanyaan berkaitan keadaan atau rawatan perubatan.