Colgate-Palmolive Malaysia
Kempen Berikrar Untuk Menyumbang
PENGANJUR, TEMPOH & KELAYAKAN
1. Kempen Berikrar Untuk Menyumbang [“Kempen”] adalah dianjurkan oleh Colgate-Palmolive Marketing Sdn Bhd (165147-W) ["Pihak Penganjur"]. Kempen ini akan bermula pada 25 September 2024 hingga 31 Mac 2025 ["Tempoh Kempen"].
2. Kempen ini terbuka untuk semua rakyat dan penduduk tetap di Malaysia ["Peserta"] .
3. Pihak Penganjur berhak mengubah syarat atau Tempoh Kempen pada bila-bila masa. Semua penyertaan kempen hendaklah dihantar ke laman web sebelum atau pada 31 Mac 2025.
4. Peserta layak untuk menyertai kempen ini tanpa sebarang pembelian.
5. Peserta boleh memasuki Kempen ini melalui langkah-langkah yang berikut:
a. Peserta perlu menjawab soalan peribadi dinyatakan untuk “Berikrar Untuk Menyumbang” dalam laman web www.colgate.com/ms-my/oral-health-education/bsbf-2024 tanpa sebarang pembelian (sila rujuk klausa 4 di atas);
b. Satu penyertaan bermakna satu kit penjagaan mulut akan diberi untuk seorang kanak-kanak.
AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010
Notis Di Bawah Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”) kepada pengguna Colgate-Palmolive (M) Sdn Bhd dan Colgate-Palmolive Marketing Sdn Bhd.
Pengguna yang dihormati,
Di bawah PDPA, terdapat beberapa syarat yang mengawal pemprosesan data peribadi anda sebagai individu (“Individu”). Ia memaklumkan Individu tentang hak-hak anda di bawah PDPA, termasuk tindakan yang boleh diambil oleh Individu untuk melaksanakan hak-hak tersebut dan akibatnya, dan secara khususnya:-
(a) Bahawa kami [“Penganjur”] mengumpul data peribadi anda daripada penyertaan kempen;
(b) Data peribadi Individu dikumpul untuk [“Kempen”] ini;
(c) Individu mempunyai hak untuk mengakses dan membetulkan data peribadi anda;
(d) Data peribadi Individu akan dikongsi dengan pihak ketiga untuk tujuan kempen;
(e) Pilihan dan cara Individu boleh menghadkan pemprosesan data peribadi;
(f) Sama ada data peribadi yang diminta adalah wajib atau sukarela, dan sekiranya wajib, akibatnya jika tidak memberikan data peribadi tersebut
(g) Sekiranya Individu mempunyai pertanyaan atau ingin memberi maklum balas, anda boleh berhubung dengan kami melalui talian 1800-883-918 dari Isnin hingga Jumaat, dari pukul 9.00 pagi sehingga pukul 5.00 petang (kecuali cuti negeri atau cuti umum).
Mengenai Dasar Privasi ini
Dasar Privasi ini memberitahu anda mengenai dasar dan amalan Syarikat mengenai perkara-perkara privasi data yang mungkin berkenaan dengan anda, sebelum anda memberikan data peribadi anda kepada Syarikat. Sekiranya berlaku apa-apa percanggahan antara versi bahasa Inggeris dan versi bahasa lain, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.
Dalam Dasar ini, kami akan memberitahu anda:
jenis data peribadi yang dikumpul;
tujuan penggunaan data peribadi anda oleh Syarikat;
kepada pihak mana data peribadi anda akan didedahkan;
hak anda terhadap data peribadi anda;
cara untuk menghubungi Syarikat.
1) Sumber data peribadi anda
Kami mengumpul sebahagian besar data peribadi daripada anda secara langsung, contohnya apabila anda mengisi borang permohonan untuk pelbagai tujuan, yang meminta untuk data peribadi anda, termasuk pengarah atau pemegang saham anda, jika berkenaan. Kami juga mungkin mengesahkan atau mendapatkan sumber maklumat peribadi tentang anda daripada sumber pihak ketiga (awam dan swasta) seperti agensi pelaporan kredit, Suruhanjaya Syarikat, Jabatan Insolvensi, jika berhubungan dengan tujuan tertentu.
2) Jenis data peribadi yang dikumpul
Secara amnya , data peribadi asas seperti nama anda, nombor kad pengenalan atau nombor pasport, kewarganegaraan, alamat kediaman dan alamat perniagaan dan nombor telefon boleh dikumpul. Data peribadi tertentu mungkin diperlukan dan akan dikumpul daripada anda atau sumber pihak ketiga untuk urusan tertentu, urus niaga atau aktiviti-aktiviti dan untuk pengurusan risiko/penipuan. Sebagai contoh:
apabila anda ingin membuat pertanyaan atau aduan kepada Hal Ehwal Pengguna kami berkenaan dengan penggunaan mana-mana produk atau perkhidmatan yang berkaitan;
apabila anda menawarkan untuk menyediakan barangan dan/atau perkhidmatan kepada Syarikat, data peribadi berkaitan kelayakan anda, pengalaman dan kepakaran akan dikumpul. Syarikat juga mungkin mengumpul atau mendapatkan pengesahan data anda dengan badan profesional yang sesuai dan sumber-sumber awam;
apabila anda memohon pekerjaan dengan Syarikat, data peribadi berkaitan kelayakan anda , sejarah pekerjaan, pengetahuan anda, pengalaman dan kepakaran akan dikumpul;
di mana anda seorang pengarah, pengurus, setiausaha syarikat atau pemegang saham sebuah syarikat yang telah atau berhasrat untuk mempunyai apa-apa urusan, transaksi atau aktiviti (termasuk yang disenaraikan di atas), data peribadi berkaitan dengan jawatan pengarah anda, atau kedudukan sebagai pengurus, setiausaha syarikat, atau pemegang saham dalam syarikat itu akan dikumpul.
Sumber pihak ketiga dari mana Syarikat mungkin sama ada mengumpul atau mendapatkan pengesahan data peribadi anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut:
majikan anda semasa atau terdahulu berhubung dengan pendapatan anda atau mana-mana data yang berkaitan; dan
biro kredit atau agensi-agensi yang menyediakan maklumat kredit atau maklumat lain;
badan-badan awam (seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, Ketua Pengarah Insolvensi, Pendaftar Perniagaan, pejabat tanah dan lain-lain)
Jika data peribadi adalah perlu untuk memulakan apa-apa perkara dengan Syarikat (sebagai contoh, aduan produk dengan Hal Ehwal Pengguna), dan anda enggan untuk memberikan maklumat peribadi kepada Syarikat, maka Syarikat tidak akan dapat meneruskan dengan perkara anda.
Data peribadi sensitif, seperti yang ditakrifkan oleh undang-undang, ialah apa-apa data peribadi yang mengandungi maklumat tentang kesihatan fizikal atau mental atau keadaan, pendapat politik, kepercayaan agama atau kepercayaan lain yang serupa, perlakuan atau penuduhan perlakuan apa-apa kesalahan. Jika data peribadi yang sensitif yang dikumpul, tujuan pengumpulan data tersebut akan diterangkan kepada anda dan kami akan mendapatkan persetujuan anda sebelum memproses data tersebut.
Sebagai ibu bapa atau penjaga yang sah, diharap tidak membenarkan kanak-kanak (individu di bawah umur 18 tahun) di bawah jagaan anda mengemukakan data peribadi kepada Syarikat. Sekiranya data peribadi kanak-kanak tersebut diberikan kepada Syarikat, anda, sebagai ibu atau bapa atau penjaga yang sah kepada kanak-kanak itu, dengan ini bersetuju kepada pemprosesan data peribadi kanak-kanak itu dan secara peribadi menerima dan bersetuju untuk terikat dengan Dasar Privasi ini dan mengambil tanggungjawab atas tindakan beliau.
3) Apakah tujuan Syarikat menggunakan data peribadi anda?
Syarikat hanya mengumpul dan memproses data peribadi anda yang perlu bagi melaksanakan fungsi-fungsi dan aktiviti-aktivitinya. Syarikat mengumpul, memproses dan mengekalkan data peribadi anda dengan tujuan yang termasuk untuk: -
membantu dalam penyediaan maklumat mengenai produk atau menyediakan perkhidmatan yang berkaitan;
mempertimbangkan permintaan anda untuk produk;
membolehkan Syarikat menyediakan produk;
memberitahu anda tentang produk, perkhidmatan berkaitan, promosi atau peristiwa yang mungkin menarik minat anda;
membantu dalam urusan dengan pertubuhan-pertubuhan lain sama ada di dalam atau di luar Malaysia, berhubungan dengan promosi dan penyediaan produk;
melaksanakan tugas-tugas pentadbiran dan operasi lain (termasuk latihan staf, pengambilan pekerja, tinjauan pasaran atau pelanggan, penambahbaikkan servis dan pembangunan produk);
mengendalikan pertanyaan, audit, aduan atau prosiding undang-undang;
mencegah atau menyiasat sebarang penipuan atau jenayah atau penipuan atau jenayah yang disyaki; dan
seperti yang dikehendaki oleh undang-undang dan peraturan yang berkaitan.
Penyediaan data peribadi anda adalah secara sukarela tetapi jika anda tidak memberikan data peribadi yang sedemikian, Syarikat tidak akan dapat memproses data peribadi anda bagi tujuan yang dinyatakan. Jika anda tidak bersetuju kepada pemprosesan data peribadi anda untuk tujuan-tujuan tersebut, sila memberitahu Syarikat dengan menggunakan maklumat hubungan yang dinyatakan dalam Seksyen 58 di bawah.
4) Pendedahan data peribadi anda kepada Golongan Orang tertentu
Kami mungkin menggunakan data peribadi anda untuk melaksanakan fungsi termasuk pemprosesan data, pemasaran promosi, perkhidmatan mel dan penyimpanan data, yang mungkin melibatkan perkongsian data peribadi anda dengan pihak ketiga. Berikut adalah golongan yang mungkin perlu kami dedahkan maklumat peribadi anda:-
pemproses data atau pembekal perkhidmatan Syarikat, di dalam dan di luar Malaysia, yang menjalankan fungsi-fungsi dan aktiviti-aktiviti Syarikat tertentu;
penasihat profesional Syarikat dan juruaudit luar;
syarikat berkaitan dan sekutu dengan Syarikat, di dalam dan di luar Malaysia, pemegang serah hak atau pemegang serah hak yang berpotensi, pemeroleh atau pemeroleh yang berpotensi, dan pengganti hak milik;
organisasi, di dalam dan di luar Malaysia, yang mempunyai pengaturan atau persekutuan dengan Syarikat, bagi tujuan mempromosi atau menggunakan produk kami atau perkhidmatan yang berkaitan (dan mana-mana ejen yang digunakan oleh pertubuhan-pertubuhan ini dalam mentadbir pengaturan atau persekutuan tersebut);
badan-badan kawal selia, agensi kerajaan, polis, badan-badan penguatkuasaan undang-undang dan mahkamah, kedua-dua di dalam dan di luar Malaysia;
syarikat-syarikat sekutu lain, kedua-dua di dalam atau di luar Malaysia;
perujuk dan orang yang memperkenalkan anda kepada Syarikat;
agen, pelaksana, pentadbir atau wakil undang-undang anda;
penyerah hak atau penyerah hak yang berpotensi Syarikat, pemeroleh atau bakal pemeroleh dan pengganti hak milik atau pihak ketiga lain berkaitan dengan urus niaga korporat seperti penjualan anak syarikat atau pembahagian, penggabungan, penyatuan atau jualan asset; dan
orang atau badan-badan di mana Syarikat dikehendaki dedah di bawah undang-undang.
5 ) Cara untuk menghubungi Syarikat
Kami akan mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk menyimpan rekod-rekod pelanggan dengan lengkap, tepat dan terkini. Jika anda mempunyai sebarang sebab untuk mempercayai bahawa rekod anda dengan kami adalah tidak tepat, tidak lengkap atau tidak dikemaskini, atau jika anda ingin meminta untuk akses atau pembetulan data peribadi anda atau membuat pertanyaan atau aduan mengenai data peribadi kami, sila menulis kepada kami di alamat berikut, di mana kami akan membuat pembetulan segera. Sebagai alternatif, anda boleh menghubungi kami di 1800-883-918.
Tulis kepada Alamat:
Hal Ehwal Pengguna
Colgate- Palmolive (M ) Sdn Bhd,
Jalan Semangat / Jalan Bersatu , Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor
consumer_affairs_malaysia@colpal.com
6) Perubahan kepada Dasar Privasi ini
Perubahan boleh dibuat kepada Dasar Privasi ini dari semasa ke semasa. Dengan terus berkomunikasi dengan Syarikat atau menggunakan produk-produk Syarikat atau perkhidmatan yang berkaitan berikutan perubahan tersebut akan menandakan penerimaan anda kepada perubahan tersebut.
Dengan menandakan/menandatangani dokumen ini, anda bersetuju untuk membenarkan Colgate-Palmolive menghantar bahan-bahan promosi/maklumat mengenai produk atau perkhidmatan yang berkaitan kepada anda. Anda boleh, pada bila-bila masa, memilih untuk tidak menerima perihal pemasaran/maklumat mengenai produk atau perkhidmatan yang berkaitan. Sila e-mel Hal Ehwal Pengguna di consumer_affairs_malaysia@colpal.com atau tulis kepada Colgate-Palmolive (M) Sdn Bhd di Jalan Semangat / Jalan Bersatu, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Dengan permintaan anda, kami akan memadam nama anda daripada senarai mel kami tanpa sebarang caj.