Mencetuskan optimisme dalam setiap insan, setiap hari

Mencetuskan optimisme dalam setiap insan, setiap hari

Perjuangan Masa Depan Bebas Kaviti

Kami percaya setiap kanak-kanak dan keluarga mereka berhak untuk menikmati senyuman yang sihat sepanjang hidup.Oleh sebab itu, kami memperjuangkan masa depan bebas kaviti untuk 2 bilion kanak-kanak melalui usaha kami untuk menamatkan penyakit kronik yang paling lazim di dunia: kerosakan gigi.Sekiranya tidak dirawat, ia boleh menyebabkan rasa sakit dan ketidakselesaan, menjejaskan keyakinan diri, kualiti hidup, kehadiran sekolah dan sebagainya.Misi kami adalah untuk menyediakan pendidikan kesihatan mulut, pemeriksaan gigi percuma dan rujukan rawatan gigi kepada golongan yang memerlukannya.Bersama-sama kita boleh mewujudkan senyuman dan masa depan yang cerah berseri.

2012

Menjangkau berbilion kanak-kanak di seluruh dunia (2012)

700,000,000

700m

2013

Menjangkau berbilion kanak-kanak di seluruh dunia (2013)

750,000,000

750m

2014

Menjangkau berbilion kanak-kanak di seluruh dunia (2014)

800,000,000

800m

2015

Menjangkau berbilion kanak-kanak di seluruh dunia (2015)

850,000,000

850m

2016

Menjangkau berbilion kanak-kanak di seluruh dunia (2016)

900,000,000

900m

2017

Menjangkau berbilion kanak-kanak di seluruh dunia (2017)

950,000,000

950m

2018

Menjangkau berbilion kanak-kanak di seluruh dunia (2018)

1,000,000,000

1,000m

2019

Menjangkau berbilion kanak-kanak di seluruh dunia (2019)

1,200,000,000

1.200m

2020

Menjangkau berbilion kanak-kanak di seluruh dunia (2020)

1,300,000,000

1.300m

Matlamat 2025

Menjangkau berbilion kanak-kanak di seluruh dunia

2,000,000,000

2.000m

Kesan Global Colgate

Colgate Bright Smiles, Bright Futures® ialah antara inisiatif kesihatan mulut kanak-kanak yang paling berjaya.Sejak tahun 1991, program ini telah mengubah kehidupan lebih dari satu bilion kanak-kanak dengan menyediakan pendidikan kesihatan mulut dan penjagaan gigi percuma di lebih 80 negara.

Kurikulum Kesihatan Mulut Pemenang Anugerah

Kami percaya bahawa kesihatan mulut bukan sahaja merupakan asas kepada senyuman berseri, tetapi kesihatan jangka panjang, kesejahteraan dan peluang hidup.Bahan-bahan dan permainan pendidikan bertemakan pergigian pelbagai budaya daripada Colgate dibangunkan khas oleh pakar penjagaan gigi global untuk membantu kanak-kanak mempelajari tabiat yang penting seperti memberus gigi dua kali sehari dengan ubat gigi fluorida dan menggalakkan mereka untuk mengekalkan senyuman yang sihat sepanjang hidup.

Kurikulum kami yang terbukti keberkesanannya boleh didapati dalam 30 bahasa secara dalam talian, dan menerusi advokasi kami berusaha untuk memastikan pencegahan kaviti kekal sebagai keutamaan kesihatan global.

Menjangkau Komuniti yang Memerlukan

Di Amerika Syarikat, kurikulum bilik darjah Colgate menjangkau hampir 4 juta kanak-kanak merentas kesemua 50 negeri.Di kawasan tertentu, Colgate Bright Smiles, Bright Futures® dilaksanakan sebagai inisiatif bergerak.Berpuluh-puluh van pergigian Colgate mengunjungi komuniti di kawasan luar bandar dan urban di Amerika Syarikat untuk menyediakan akses pendidikan kesihatan mulut, pemeriksaan gigi percuma dan rujukan rawatan secara kepada lebih 10 juta kanak-kanak.

Colgate Bright Smiles, Bright Futures®

 

Komuniti Yang Berseri
Bermula Dengan Satu Senyuman

Ketahui makna van pergigian Colgate Bright Smiles, Bright Futures® kepada komuniti, kanak-kanak, doktor gigi dan sukarelawan yang terlibat.

Tonton video umum

Semua orang berhak untuk masa depan yang boleh membuatkan mereka tersenyum.

Semua orang berhak untuk masa depan yang boleh membuatkan mereka tersenyum.
 

Kisah kami