Yun-Po Zhang, PhD, DDS (hons), MBA

 

 

Yun-Po Zhang

PhD, DDS (hons), MBA
Distinguished Fellow

Dr. Yun-Po Zhang ialah seorang "Distinguished Fellow" (Pangkat VP) di Colgate-Palmolive.Beliau memainkan peranan utama dalam program penyelidikan pergigian klinikal untuk menyokong perniagaan kesihatan mulut global.Beliau juga dilantik sebagai penasihat Entrepreneurial Sounding Board Program di Columbia University Business School dan seorang profesor adjung di Forsyth Institute yang bersekutu dengan Harvard University.Selain memilki tiga paten A.S. dalam pencegahan karies gigi, beliau telah menerbit tiga buah buku, dan mengarang lebih 180 terbitan dalam jurnal saintifik antarabangsa.Beliau sering dijemput untuk memberi ucapan di mesyuarat saintifik antarabangsa dan berkhidmat sebagai penceramah utama di acara tertentu.Beliau juga pernah berkhidmat di lembaga editorial Jurnal Penyelidikan Pergigian, Jawatankuasa AADR Fellowship, dan Jawatankuasa Penyemak Anugerah IADR.Pada masa ini beliau ialah seorang Ahli Majlis AADA dan sedang berkhimat di Lembaga Penerbitan AADR/IADR.Dr. Zhang telah menerima pelbagai anugerah sepanjang kerjaya beliau.Beliau dinamakan Ahli Kehormat ADA, diberikan penghormatan sebagai AADR Fellow, dan penerima Anugerah "Outstanding 50 Asian Americans in Business" dari Pusat Pembangunan Perniagaan Asia Amerika di New York.Dr. Zhang memegang PhD dalam kimia fizikal dari Northeastern University, dan menamatkan latihan pasca ijazah kedoktoran serta memegang jawatan di jabatan biologi mulut di Forsyth/ Harvard School of Dental Medicine.Beliau juga pemegang MBA eksekutif dari Wharton School of University di Pennsylvania, DDS dengan kepujian oleh Dalian Medical University di China.Selain itu, beliau juga memegang sijil "Authentic Leadership Program" dari Harvard Business School.