Setiap hari, berjuta-juta orang di seluruh dunia mempercayai Colgate untuk membantu mereka memulakan hari dengan betul. Kerana apabila anda menjaga mulut, anda boleh melakukan apa sahaja.
Kepercayaan ini diperolehi bermula dengan bahan-bahan yang kami pilih.
Pertama sekali. Setiap bahan yang kami gunakan benar-benar selamat untuk anda, keluarga dan alam sekitar.Kami mengetahui perkara ini kerana kami menguji setiap satunya dengan teliti, pada setiap peringkat kitaran hayat produk – dari makmal pembangunan, ke rak kedai, bahkan ke bilik mandi anda di rumah.
Seiring perubahan teknologi, pasukan ahli sains kami dengan penuh semangat mencari dan memperjuangkan bahan berkualiti tinggi.