Soalan Lazim

Saya dengar Colgate Total® ada mengeluarkan ubat gigi baharu. Adakah ini benar?

Ya. Colgate komited dalam menawarkan produk paling maju untuk memenuhi keperluan penjagaan mulut pelanggan kami yang sentiasa berubah. Berlandaskan matlamat ini, kami memperkenalkan Colgate Total® dengan formula yang diperbaharui hasil daripada perkembangan formula lebih sepuluh tahun yang merangkumi puluhan kajian makmal dan klinikal.

Teknologi pro-aktif baharu Colgate Total tidak hanya melawan bakteria pada gigi, tetapi juga pada lidah, pipi dan gusi anda selama 12 jam** bagi memastikan seluruh mulut anda sihat. Formula revolusioner Colgate Total Baharu memberikan lebih banyak manfaat daripada sebelum ini.

Apakah perbezaan Colgate Total® yang baharu berbanding dengan yang lama?

Colgate Total baharu memberikan lebih banyak manfaat daripada sebelum ini! Selain memberi perlindungan hebat daripada plak, kesan kotoran, tartar, kaviti dan menjaga gusi anda, ia turut menawarkan pelbagai manfaat tambahan yang baharu, seperti ciri anti sensitif dalam semua pilihan produknya, mencari dan melawan bakteria untuk perlindungan enamel, peneutralan serta-merta bagi masalah nafas berbau serta perisa baharu yang dipertingkat agar mulut anda terasa bersih dan segar.

Berbeza dengan ubat gigi biasa yang hanya melindungi gigi*, Colgate Total® melawan bakteria bukan sahaja pada gigi, tetapi juga pada lidah, pipi dan gusi anda selama 12 jam**, memberikan perlindungan menyeluruh kepada mulut anda.

Bagaimanakah Colgate Total® baharu berfungsi?

Colgate Total® baharu menyihatkan mulut anda secara keseluruhan dengan cara yang berbeza dengan sebelum ini. Teknologi Colgate Total® baharu menggunakan gabungan unik ramuan seperti zink dan arginina, dan membentuk halangan pro-aktif yang menentang bakteria bukan sahaja pada gigi, tetapi juga pada lidah, pipi & gusi anda agar seluruh mulut anda sihat.

Apakah yang zink dan arginina lakukan?

Zink melawan bakteria secara proaktif di dalam mulut, dan arginina pula mempertingkatkan penyampaiannya supaya seluruh mulut anda – gigi, lidah, pipi dan gusi - mendapat manfaat perlindungannya yang lebih mendalam.

Adakah zink dan arginina selamat?

Zink adalah sejenis mineral penting yang terkenal untuk sifat-sifat antibakterianya. Arginina pula adalah sejenis asid amino yang dikenali sebagai blok binaan protein. Kedua-duanya memainkan peranan penting dalam tubuh badan kita, termasuk untuk tumbesaran dan perkembangan serta untuk menggalakkan sistem imun yang sihat. Zink dan arginina wujud secara semula jadi dalam mulut kita. Berdasarkan ratusan kajian yang dibuat tentang keselamatan produk zink, kandungan zink dalam ubat gigi didapati selamat untuk digunakan. Arginina pula sudah sekian lama digunakan sebagai ramuan makanan yang selamat dan dikategorikan sebagai selamat untuk digunakan dalam makanan oleh Suruhanjaya Kesatuan Eropah (EU Commission) dan Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) Amerika Syarikat. Berdasarkan data keselamatan, arginina dalam produk penjagaan mulut adalah selamat untuk digunakan.

Adakah Colgate Total® baharu selamat untuk ibu hamil dan yang menyusukan anak?

Ramuan dalam Colgate Total® baharu telah terbukti selamat dan berkesan. Anda boleh yakin bahawa Colgate-Palmolive akan memperkenalkan produk ke pasaran hanya setelah bahan-bahan yang digunakan mempunyai rekod keselamatan dan keberkesanan saintifik yang menyeluruh. Diet harian kita mengandungi jauh lebih banyak arginina berbanding dengan apa yang kita mungkin tertelan semasa menggunakan ubat gigi ini. Begitu juga dengan zink, yang merupakan unsur penting yang terdapat dalam makanan harian kita. Kandungan zink yang mungkin tertelan semasa penggunaan ubat gigi kami adalah jauh lebih rendah daripada pengambilan makanan harian kita dan berada pada paras yang disahkan selamat oleh pihak berkuasa keselamatan antarabangsa. Walau bagaimanapun, jika anda hamil atau menyusukan anak, sebagaimana dengan mana-mana produk, kami syorkan agar anda mendapatkan nasihat daripada doktor perubatan atau doktor gigi anda.

Adakah Colgate Total® baharu selamat untuk kanak-kanak?

Ya, ia selamat untuk kanak-kanak apabila digunakan dalam keadaan yang disyorkan untuk semua ubat gigi fluorida. Zink adalah unsur penting, dan arginina pula adalah nutrien, kedua-duanya wujud secara semula jadi dalam diet sihat bagi semua peringkat umur.

Apakah jenis Colgate Total® yang boleh didapati?

Sila lawati: Jenama Colgate Total® untuk mengetahui lebih lanjut mengenai jenis-jenis dan manfaat yang berlainan Colgate Total®.

Adakah Colgate Total® mengandungi alkohol?

Tiada satu pun ubat gigi Colgate Total® mengandungi alkohol.

Di mana saya boleh membeli Colgate Total® baharu?

Colgate Total® baharu boleh didapati di kedai-kedai runcit ternama, secara dalam talian atau luar talian. Anda boleh melawat pautan 'Beli Sekarang' Colgate Total® untuk membuat pembelian sekarang.

 

*ubat gigi fluorida bukan antibakteria
**dengan penggunaan berterusan selama 4 minggu