berus gigi terbaik untuk braces - colgate my
Badge field

Memilih Berus Gigi Terbaik Untuk Braces

Published date field Terakhir dikemaskini:

Apabila anda atau anak anda memakai pendakap gigi (braces), sikap ketekunan diperlukan untuk mengekalkan kesihatan mulut yang baik. Mencari berus gigi terbaik untuk pendakap gigi ternyata penting untuk memastikan kesihatan gigi dan gusi semasa rawatan, dan terdapat beberapa perkara yang perlu ingati semasa memilih sebatang berus gigi.

Sama ada memakai pendakap gigi jenis logam atau plastik jernih, braket dan dawai boleh memerangkap partikel makanan dengan lebih mudah, lalu meningkatkan risiko pengumpulan bakteria. American Academy of Pediatric Dentists (AAPD) melaporkan satu daripada lima kanak-kanak antara umur 6-11 tahun mengalami kerosakan gigi pada gigi kekal mereka. Ini mengesahkan gigi berlubang sebagai masalah besar di kalangan kanak-kanak, dan pemakaian pendakap gigi meningkatkan lagi kepentingan penjagaan kebersihan mulut.

Direka untuk Mencungkil Sisa

Pendakap gigi jenis logam iaitu jenis yang paling biasa digunakan, terdiri daripada tiga bahagian, menurut Nova Scotia Dental Association: braket, pengikat (bonding) dan wayar lengkung. Braket dilekatkan pada gigi dengan bahan pengikat kohesif, manakala wayar lengkung menghubungkan setiap braket dengan satu sama lain supaya ia boleh menggerakkan gigi kepada kedudukan yang lebih lurus secara beransur-ansur. Ingat bahawa makanan boleh terperangkap di antara wayar lengkung dan braket individu, oleh itu berus gigi yang berkesan untuk pendakap gigi haruslah menanggalkan cebisan-cebisan ini.

Kepala Berus Kecil

Menurut Academy of General Dentistry (AGD), tidak terdapat penanda saintifik pada masa ini yang menunjukkan sebatang berus gigi adalah terbaik dalam menanggalkan plak. Sebaliknya, kerajinan memberus gigi adalah penting walaupun anda menjalani rawatan ortodontik atau tidak. Selain itu, pilih berus gigi yang sesuai untuk keperluan spesifik anda – dalam kes ini, dapatkan berus gigi yang boleh mencapai bahagian yang tersembunyi oleh braces. AGD menyarankan kepala berus gigi yang kecil untuk "mencapai kesemua bahagian mulut, gigi dan gusi dengan mudah."

Lembut untuk Mencegah Iritasi

Pendakap gigi boleh menyebabkan ketidakselesaan juga, terutamanya apabila baru dipasang dan selepas pelarasan kepada barang seperti pengembang (expander). Jadi, mengehadkan ketidakselesaan dan iritasi adalah sama penting dengan pemberusan gigi yang betul semasa memilih berus gigi untuk pendakap gigi. Berus gigi yang terbaik mempunyai beberapa ciri yang sama:

  • Berus gigi dengan pemegang yang luas. Saiz pemegang yang betul boleh membantu anda memegang berus gigi dengan lebih kukuh. Sekiranya anda memilih berus gigi untuk anak anda, AAPD mencadangkan pemegang yang lebih besar untuk membolehkan mereka mempunyai lebih kawalan bagi setiap gosokan gigi.
  • Berus nilon yang lembut. Berus yang kasar boleh menghauskan enamel dan merengsakan gusi yang mungkin terasa sakit selepas pelarasan ortodontik yang baru dilakukan. Berus lembut juga sama berkesan untuk membersih gigi tanpa menjejaskan enamel atau gusi.
  • Bulu berus hujung bulat. American Dental Hygienists' Association (ADHA) melaporkan bulu berus dengan hujung bulat sebagai lebih berkesan dalam melindungi tisu oral daripada kerosakan – ini termasuk semua bahagian dalam mulut anda.

Sentiasa Mengawasi Kanak-kanak

Apabila anda telah menemui berus gigi dengan berus yang lembut berhujung bulat dan cengkaman yang baik, anda juga ingin pastikan anak anda menggunakannya dengan betul. Sebagai pemula, pantau anak kecil antara umur 7-8 tahun semasa mereka memberus gigi bagi memastikan mereka mengamalkan tabiat yang baik sementara menyesuaikan diri dengan pendakap gigi. Ia juga bagus untuk memerhatikan kanak-kanak yang lebih tua memberus gigi semasa mereka mula-mula memakai pendakap gigi bagi memastikan mereka telah membersih mulut dengan baik dan bersih.

Jika anda atau anak anda menghadapi kesukaran untuk mengekalkan kebersihan pendakap gigi, gunakan berus gigi ortodontik – dua kali sehari selama dua minit setiap kali untuk membantu mencapai bahagian yang sukar dicapai. Untuk bahagian gigi seperti geraham belakang, memflos setiap hari akan membantu menanggalkan cebisan makanan yang tersembunyi di sebalik dawai lengkung.

Artikel ini bertujuan meningkatkan pemahaman dan pengetahuan mengenai topik berkaitan kesihatan mulut secara umum. Ia tidak bertujuan menggantikan nasihat, diagnosis atau rawatan profesional. Dapatkan nasihat daripada doktor gigi atau penyedia penjagaan kesihatan lain yang berkelayakan sekiranya anda mempunyai pertanyaan berkaitan keadaan atau rawatan perubatan.