Penyebab Sakit Gigi: Bukan Selalunya Kaviti

penyebab sakit gigi - colgate my

Tidak mengira betapa tekunnya anda melakukan rutin penjagaan mulut anda, pada satu tahap dalam hidup anda, anda akan berkemungkinan mengalami ketidakselesaan akibat sakit gigi. Walaupun kaviti berkemungkinan merupakan punca utama, ia hanyalah salah satu daripada beberapa penyebab sakit gigi yang mungkin.

Kensensitifan Gigi

Jika anda mengalami sakit yang tajam ketika makan atau minum makanan panas atau sejuk, ia mungkin bermaksud anda mempunyai kaviti. Ia juga mungkin petanda bahawa anda mungkin mempunyai gigi sensitif, sama ada daripada gusi yang menyusut atau daripada penipisan enamel gigi anda. Sementara anda menunggu janji temu pergigian untuk mengesahkan punca gigi sensitif anda, menggunakan berus gigi berbulu lembut dan ubat gigi yang direka untuk gigi sensitif boleh membantu mengurangkan simptom.

Sesetengah Sakit Gigi Adalah Lebih Teruk

Jika kesakitan yang anda mengalami ialah sakit tajam dan menusuk apabila anda menggigit makanan anda, punca sakit gigi anda mungkin disebabkan kaviti atau gigi yang retak. Jika ia kesakitan yang berdenyut atau berterusan, sebaliknya, anda mungkin mempunyai gigi yang bengkak atau jangkitan yang harus dirawat secepat mungkin.

Ia Mungkin Bukan Gigi Anda Pun

Satu lagi penyebab sakit gigi yang lebih jarang, tetapi signifikan ialah jangkitan sinus. Jika hanya gigi atas pada kedua-dua belah muka anda berasa sakit, sinusitis mungkin merupakan puncanya. Sakit gigi seperti ini biasanya disertai atau didahului dengan hidung tersumbat dan rasa nyeri di sekitar sinus anda. Jika anda mengesyaki ini adalah punca sakit gigi anda, anda mungkin prlu berjumpa dengan doktor anda.

Jika kesakitan anda lebih boleh dikenal pasti sebagai sakit rahang, ia mungkin disebabkan oleh penyakit temporomandibel yang disebabkan oleh kecederaan langsung atau trauma kepada rahang, oleh pengisaran gigi (bruksisme), atau oleh atritis atau kanser yang menjejaskan rahang. Jika gigi bongsu anda belum dicabut, geraham yang terjejas juga boleh menyebabkan sakit pada rahang.

Berjumpa dengan Doktor Gigi Anda untuk Mendapat Kepastian

Sakit gigi bukan selalunya teruk. Kesakitan yang sekejap-sekejap mungkin nampaknya hanya tidak menyelesakan dan tidak berbaloi untuk menghubungi klinik gigi dengan segera, tetapi menunggu sehingga sakit itu menjadi lebih teruk jarang merupakan pilihan terbaik. Apa juga jenis dan keadaan sakit gigi anda, terbaiknya menghubungi doktor gigi anda dan membuat janji temu. Punca sakit gigi bukanlah sentiasa jelas, dan diagnosis yang kukuh terhadap sumber kesakitan dan rawatan profesional berikutnya adalah tindakan terbaik untuk dilakukan.

Cari petua tentang menangani sakit gigi di sumber Penjagaan Mulut Colgate.

This article is intended to promote understanding of and knowledge about general oral health topics. It is not intended to be a substitute for professional advice, diagnosis or treatment. Always seek the advice of your dentist or other qualified healthcare provider with any questions you may have regarding a medical condition or treatment.

Artikel Berkaitan