penyakit yang dapat menyebabkan gigi rasa ngilu - colgate my
Badge field

Ketika Gigi Rasa Ngilu dan Sakit: Tiga Penyakit Yang Menyebabkan Sakit Gigi

Published date field Terakhir dikemaskini:

Simptom penyakit bukan selalunya seperti yang dijangka. Masalah oral tertentu boleh menyebabkan rasa sakit gigi, walaupun ia sebenarnya sesuatu yang lebih rumit daripada itu. Jika anda rasa tidak sihat, gigi sakit dan anda inginkan jawapan, tetapkan janji temu dengan doktor gigi anda untuk pemeriksaan yang lebih teliti bagi isu yang anda mengalami. Sakit gigi boleh dikaitkan kepada pelbagai isu, misalnya sinusitis hingga sakit dada.

1. Angina

Angina ialah sejenis sakit dada yang berlaku apabila jantung tidak menerima pengaliran darah yang mencukupi, menurut American Heart Association. Ia biasanya tidak dianggap sebagai penyakit, tetapi sebagai simptom penyakit arteri koronari – sejenis isu yang lebih sistemik. Tahukah anda, angina bukan sahaja menyebabkan sakit dada; Academy of General Dentistry (AGD) mengatakan ia juga boleh menyebabkan iritasi di sekeliling gigi dan rahang.

Jika anda mengalami sakit gigi atau sakit rahang – atau sakit tajam menusuk, rasa mual atau keletihan, menurut Mayo Clinic – lebih baiknya anda berjumpa dengan doktor anda. Angina boleh dirawat melalui perubahan gaya hidup, ubat dan juga pembedahan dalam kes tertentu. Pengurusan keadaan ini bukan sahaja boleh mengurangkan simptom anda, malah menyelamatkan nyawa anda; angina boleh menyebabkan serangan jantung sekiranya tidak dirawat.

2. Jangkitan Sinus

Jika anda tidak sihat, sakit gigi dan hidung anda tersumbat atau sesak, anda mungkin mengalami jangkitan sinus. Sinusitis atau keradangan sinus (rongga berisi udara pada tengkorak), biasanya berlaku selepas anda menghidapi sakit selesema. Pengumpulan mukus semasa selesema membentukkan persekitaran yang sempurna untuk pembiakan bakteria atau virus.

Sinus, terutamanya sinus maxilar, terletak berhampiran gigi belakang atas. Kerapatan dengan gigi geraham boleh menghasilkan rasa sakit gigi ketika sinus meradang, menurut Mayo Clinic. Walaupun semburan salin atau dekongestan hidung boleh membantu mengosongkan hidung, mengurangkan kesakitan, sinus yang bengkak perlu dikecilkan dalam saiz untuk kelegaan yang kekal. Gunakan ubat anti--radang dari farmasi atau ubat pelega sakit untuk mengurangkan sakit gigi dan sebarang tekanan yang dirasai pada sinus anda.

3. Jangkitan Telinga

Seperti lokasi sinus di sekeliling gigi boleh menyebabkan rasa sakit pada gigi semasa mengalami jangkitan sinus, bahagian telinga yang dekat dengan rahang boleh menyebabkan sakit pada gigi semasa jangkitan telinga. Berdasarkan American Academy of Family Physicians (AAFP), anda mungkin mengalami sakit gigi pada sebelah yang sama dengan jangkitan telinga anda. Seperti sinusitus, jangkitan telinga boleh pulih sendiri selepas seketika. Sementara itu, anda boleh menggunakan ubat pelega sakit untuk mengurangkan sebarang ketidakselesaan.

Sama ada sakit dada, sakit telinga atau masalah sinus dengan sakit gigi, anda patut berjumpa dengan doktor anda – terutamanya jika sakit ini Dapatkan diagnosis rasmi penyakit anda bagi membolehkan doktor anda menyarankan rawatan yang terbaik untuknya. Doktor anda juga boleh memeriksa masalah sebenar dengan gigi anda, misalnya nanah atau jangkitan, dan menentukan jika rasa sakit itu berkaitan dengan penyakit anda.

Penjagaan gigi di rumah penting dalam penjagaan kesihatan, walaupun anda mengalami masalah pergigian atau tidak. Berus gigi dua kali sehari dengan ubat gigi fluorida dan berus gigi yang lembut. Jangan lupa, lawatan ke doktor gigi setiap dua tahun dapat mengesan kaviti atau masalah gigi yang lain sebelum ia menjadi lebih serius.

Artikel ini bertujuan meningkatkan pemahaman dan pengetahuan mengenai topik berkaitan kesihatan mulut secara umum. Ia tidak bertujuan menggantikan nasihat, diagnosis atau rawatan profesional. Dapatkan nasihat daripada doktor gigi atau penyedia penjagaan kesihatan lain yang berkelayakan sekiranya anda mempunyai pertanyaan berkaitan keadaan atau rawatan perubatan.