ulcer mulut pada kanak - colgate my
Badge field

Lepuh Mulut Anak Kecil: Punca dan Rawatan

Published date field

Pengesahan diagnosis lepuh mulut adalah tugas seorang doktor gigi atau pakar pediatrik, namun begitu ada baiknya mengetahui tentang lepuh mulut dan jenis rawatan yang tersedia untuk anak anda.

Begini cara untuk menentukan jika luka mulut yang dialami anak anda ialah masalah biasa atau sesuatu yang harus dirisaukan. Selain itu, kami juga sediakan beberapa petua untuk menenangkan ketidakselesaan anak anda.

4 Jenis Luka Mulut Anak Kecil

Luka mulut atau ulser boleh muncul sebagai empat cara. Menurut Hospital Kanak-kanak Seattle, ulser kanker adalah jenis luka mulut yang paling biasa untuk kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. Lepuh sejuk, penyakit HFMD dan kecederaan mulut boleh menyebabkan luka mulut.

  • Lepuh kanker atau ulser aphthous ialah ulser bulat yang terbentuk di dalam tisu lembut mulut anda. Ia boleh berwarna merah, putih atau kelabu. Lepuh kanker boleh menyebabkan rasa sakit dan mengganggu anak anda semasa makan dan tidur, tetapi ia tidak berjangkit. Lepuh kanker biasanya berlanjutan selama 7-14 hari, menurut Mayo Clinic.
  • Lepuh sejuk boleh berjangkit dan muncul sebagai lepuh berisi cecair. Pada kemunculannya, anak kecil anda mungkin mengalami demam dan kelihatan letih, selain berasa sakit.
  • Penyakit tangan, kaki dan mulut biasanya muncul sebagai lepuh berwarna merah di bahagian dalam mulut dan pada tapak tangan dan tapak kaki. Ia juga melibatkan simptom demam dan kekurangan tenaga.
  • Kebanyakan kecederaan mulut dan lecuran berwarna merah pada mulanya dan bertukar putih pada peringkat pemulihan.

Mengapa Anak Kecil Mendapat Luka Mulut

Malangnya, golongan kanak-kanak sama cenderung untuk mendapat luka mulut seperti golongan dewasa. Jenis luka yang paling biasa, iaitu lepuh kanker boleh disebabkan oleh tekanan, tidak cukup rehat dan penyakit imun, walaupun para pakar masih tidak pasti mengapa ia berlaku.

Lepuh sejuk boleh dijumpai di bahagian dalam dan luar mulut. Ia biasanya muncul di sekitar bibir anak anda dan kulit di sekeliling mulut mereka. Pada kemunculan pertama, ia juga boleh didapati di dalam mulut.

Lepuh sejuk ialah sejenis virus herpes simpleks jenis 1 iaitu virus yang berjangkit melalui sentuhan. Kanak-kanak yang mengalami lepuh sejuk biasanya dijangkit oleh seorang dewasa. Jadi, walaupun sukar untuk menahan diri daripada memeluk anak anda, berjaga-jaga sekiranya anda mungkin membawa virus tersebut. Ia lebih baik untuk mengelakkan diri daripada mencium anak anda semasa mengalami luka mulut ini. Begitu juga, bincang bersama doktor anda mengenai penyusuan anak jika anda mengesyaki jangkitan virus ini.

HFMD juga merebak melalui virus yang dikenali sebagai coxsackievirus.

Coxsackievirus biasanya berlaku di kalangan kanak-kanak.

Ia berebak melalui bendalir badan, sentuhan atau bahan najis, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika. HFMD ialah penyakit kecil yang biasanya reda dalam masa seminggu.

Oleh kerana lepuh sejuk dan HFMD amat berjangkit, pastikan anda mengelak daripada bersentuhan dengan sesiapa yang mempunyai lepuh yang aktif. 

Kecederaan pada mulut adalah kejadian biasa akibat aktiviti kanak-kanak. Memberus gigi terlalu kuat juga salah satu daripada puncanya. Kecederaan juga boleh berlaku akibat makanan panas yang melecur.

Merawat Lepuh Mulut Anak Kecil

Doktor anda mungkin mengesyorkan ubat antiviral untuk mempercepatkan pemulihan lepuh sejuk. Ujian tambahan mungkin dijalankan pada lepuh kanker yang bersaiz besar atau jika ia yang mengambil masa yang lebih daripada biasa untuk pulih.

Kunci kepada keselesaan dan penjagaan di rumah ialah pengambilan makanan sejuk, hidrasi, rehat dan membiarkan lepuh tersebut pulih selepas beberapa masa. Bincang dengan doktor anda mengenai dos acetaminophen, ibuprofen dan antacis yang dapat melegakan ketidakselesaan. Witch hazel yang dicalitkan pada permukaan luka juga dikenali untuk meredekan keradangan dan kesakitan pada tisu lembut, tetapi pastikan untuk mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Bila Perlu Menghubungi Doktor

Sekiranya anak kecil anda tidak bergerak, sangat lemah, bengkak di muka, mungkin menelan bahan kimia atau mempunyai lepuh yang muncul selepas mengambil ubat, anda harus menghubungi doktor anda dengan segera. Jika tidak, pastikan untuk memanjakan si kecil semasa ini dan pantau keadaan mereka.

This article is intended to promote understanding of and knowledge about general oral health topics. It is not intended to be a substitute for professional advice, diagnosis or treatment. Always seek the advice of your dentist or other qualified healthcare provider with any questions you may have regarding a medical condition or treatment.