Sakit gigi berlubang - colgate my
Badge field

Sakit Gigi: Apakah Maksudnya? Berbagai Macam Sakit Gigi

Published date field Terakhir dikemaskini:

Anak anda merempuh masuk ke dapur dengan lingkaran mata hitam. "Ibu, gigi saya sakit," katanya. Anak anda tidak berselera. "Jika saya makan sekarang, gigi saya akan rasa sakit," katanya. Gigi anda sakit walaupun anda baru sahaja berjumpa doktor gigi. Anda menghadiri pemeriksaan gigi setiap enam bulan. Mulut anda bebas kaviti. Jadi kenapa gigi masih sakit?

Resah Resdung

Alergi atau selesema mungkin menjadi punca anak anda mengadu. Sinus boleh menyakitkan walaupun selepas mangambil ubat antihistamin. Anda dinasihatkan untuk menghubungi doktor kanak-kanak sekiranya anda mendapati anak anda sakit gigi berlaku di samping alergi, hidung berair atau mereka berasa tidak sihat. Jika anda biasa mengalami masalah sinus di samping sakit gigi, atau anda mempunyai resdung yang berpanjangan dan gigi anda mula terasa sakit, sila hubungi doktor anda. Ini bermakna apabila sinus meradang, ia boleh menghasilkan kesakitan gigi.

Menurut Mayo Clinic, rasa sakit pada gigi atas selalunya menandakan jangkitan sinus. Jika anda biasa mengalami masalah sinus di samping sakit gigi, atau anda mempunyai resdung yang berpanjangan dan gigi anda mula terasa sakit, hubungi doktor anda. Preskripsi untuk antibiotik dan semburan hidung biasanya dapat menghentikan rasa sakit gigi.

Pembersihan Yang Mendalam Untuk Gigi Sensitif

Sesetengah orang mengalami sakit gigi sehari selepas berjumpa doktor gigi. Ini boleh berlaku walaupun doktor gigi anda lembut, baik hati dan cekap dalam menjadikan gigi anda kilauan berseri dan bersih.

Gigi anda tidak sakit sebelum berjumpa doktor gigi. Doktor gigi anda tidak menjumpai sebarang kaviti dalam mulut anda. Keputusan X-ray anda cemerlang dan tiada kerosakan gigi didapati. Jadi, apakah punca sakti gigi ini? Ia adalah normal untuk berasa sedikit ketidakselesaan selepas pembersihan gigi jika terdapat banyak tartar yang perlu ditanggalkan. Kenapa? Gigi anda mungkin sensitif jika anda mempunyai gusi yang menyusut dan rasa tidak selesa boleh berpunca dari permukaan akar gigi yang terdedah.

Kopi panas yang bukan masalah dua hari yang lalu, tiba-tiba menyebabkan sakit gigi kerana ia kini lebih sensitif terhadap suhu panas dan sejuk. Kesensitifan gigi ini hanyalah sementara. Memberus gigi anda dengan ubat gigi yang dirumuskan khas untuk gigi sensitif. Biasanya, gigi anda akan kembali normal dalam beberapa minggu. Jika tidak, hubungi doktor gigi anda dan dapatkan pemeriksaan gigi.

Pertumbuhan Gigi Bukan Untuk Bayi Sahaja

Semua ibu bapa pun tahu penimbulan gigi sakitkan bayi mereka. Bayi menangis, hidung berhingus, mereka tidak gembira dan tidak dapat tidur lena. Tahukah anda kanak-kanak yang bersekolah juga boleh mengalami sakit akibat pertumbuhan gigi baru? Kadang kala, kesakitan gigi bermaksud gigi kekal sedang bertumbuh. Ini terutamanya benar untuk kanak-kanak yang gigi susunya tertanggal secara pramatang.

Seorang kanak yang giginya terhantuk dan tertanggal ketika berumur 3 tahun mungkin terasa sakit apabila gigi barunya timbul di masa hadapan. Gigi kekalnya perlu menembusi gusi, yang telah sembuh sepenuhnya dalam beberapa tahun yang lalu. Akibatnya, gusi dan gigi di sekitarnya terasa sakit. Bukan hanya kanak-kanak yang kehilangan gigi secara pramatang mengalami sakit pertumbuhan gigi. Ramai kanak-kanak berusia 6 tahun mengalami sakit kepala apabila gigi geraham mereka mula tumbuh. Sakit itu bukan sahaja melibatkan kepala. Pertumbuhan gigi boleh mengakibatkan sakit gigi pada sebarang usia.

Sekiranya anak anda yang lebih tua mengalami sakit pertumbuhan gigi, dapatkan nasihat doktor gigi kanak-kanak. Doktor gigi yang cekap akan menjelaskan proses pertumbuhan gigi anak anda dan menasihatkan anda mengenai masa rasa sakit gigi itu akan dijangka berhenti. Sementara itu, anda boleh cuba kaedah-kaedah yang produktif untuk melegakan kesakitan anak anda. Misalnya mengunyah gula-gula getah berasaskan xylitol, menggalakkan mereka memberus bahagian yang sakit, dan jika perlu, berikan ubat tahan sakit yang selamat untuk kanak-kanak supaya mereka boleh menjalani kehidupan seperti biasa.

Kaviti bukan satu sahaja perkara yang boleh menyakitkan gigi anda. Kadang kala, sakit di bahagian mulut merupakan tanda perubahan lain pada tubuh anda. Kekalkan kesihatan gigi yang sihat untuk seisi keluarga dengan lawatan kerap ke doktor gigi dan penjagaan mulut yang baik. Kemudian, jika sakit gigi bermula, anda boleh mengambil masa untuk menentukan puncanya yang sebenar.

Artikel ini bertujuan meningkatkan pemahaman dan pengetahuan mengenai topik berkaitan kesihatan mulut secara umum. Ia tidak bertujuan menggantikan nasihat, diagnosis atau rawatan profesional. Dapatkan nasihat daripada doktor gigi atau penyedia penjagaan kesihatan lain yang berkelayakan sekiranya anda mempunyai pertanyaan berkaitan keadaan atau rawatan perubatan.