Badge field

Apa Itu Sakit Gigi Yang Dirujuk?

Published date field Terakhir dikemaskini:

Ada masanya terdapat masalah lain di sebalik sakit gigi. Sakit yang seakan berpunca daripada gigi mungkin merupakan tanda masalah lain, dan gigi yang sakit itu sebenarnya sihat sempurna. Apabila otak keliru mengenai sakit gigi, doktor gigi memanggil ketidakselesaan ini - sakit gigi yang dirujuk.

Bagaimana Ia Berlaku?

Otak mengalami kesukaran untuk menentukan punca isyarat sakit dari mulut. Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Clemens Foster, Ph.D. dan penyelidik lain di University of Erlangen-Nuremberg di Jerman, otak para peserta tidak dapat membezakan isyarat sakit daripada gigi atas dan gigi bawah. Bahagian otak yang bertindak balas kepada isyarat sakit memberi reaksi yang sama walaupun isyarat tersebut datang dari bahagian atas atau bawah mulut.

Punca Lain Sakit Gigi

Sakit gigi yang dirujuk boleh disebabkan oleh penyakit respitori, rawatan pergigian yang baru, masalah jantung atau paru-paru, atau keadaan neurologi tertentu. Jika gigi atas anda terasa sakit dan salur hidung anda tersumbat atau terasa sensitif, sakit gigi anda mungkin disebabkan sinusitis. Akar gigi atas terletak berdekatan sinus, dan jika anda mengalami keradangan sinus disebabkan jangkitan, anda mungkin berasa sakit di bahagian gigi atas.

Menurut Cleveland Clinic, pesakit yang baru menjalani prosedur tampalan kadang kala terasa sakit pada gigi yang lain. Isyarat sakit daripada gigi yang ditampal berpindah ke gigi lain, tetapi ketidakselesaan ini biasanya hilang selepas satu atau dua minggu.

Punca sakit gigi yang dirujuk yang kurang biasa berlaku tetapi lebih serius ialah saraf vagus, yang melalui berdekatan jantung dan paru-paru, jelas Persatuan Orang Bersara Amerika (AARP). Sebelum mencapai otak, saraf vagus juga melalui rahang bawah. Begitu juga, sakit gigi kadang kala menjadi tanda masalah jantung atau paru-paru.

AARP juga menyatakan trigeminal neuralgia dan oksipital nerualgia sebagai penyebab sakit gigi yang dirujuk. Penyakit neurologi ini boleh menjejaskan saraf trigeminal dan oksipital, yang terletak dalam gigi, muka dan tengkorak. Keradangan saraf-saraf ini boleh terasa seperti sakit gigi.

Rawatan Gigi Sakit

Doktor gigi anda boleh memeriksa sekiranya kaviti menyebabkan sakit gigi anda atau merujuk anda kepada doktor untuk merawat sakit pada gigi anda yang disebabkan oleh sinusitus atau masalah lain. Walaupun sakit pada gigi anda tidak disebabkan pereputan gigi, anda patut terus mengekalkan kebersihan mulut anda dengan memflos sekali sehari dan memberus gigi dua kali sehari dengan ubat gigi yang membantu mencegah kaviti.

Sakit gigi bukanlah sesuatu yang harus diabaikan. Jika gigi anda terasa sakit, jadualkan janji temu dengan doktor gigi. Mereka dapat memeriksa jika ketidakselesaan anda disebabkan pereputan gigi atau sesuatu yang menandakan masalah lain dengan kesihatan anda.

Artikel ini bertujuan meningkatkan pemahaman dan pengetahuan mengenai topik berkaitan kesihatan mulut secara umum. Ia tidak bertujuan menggantikan nasihat, diagnosis atau rawatan profesional. Dapatkan nasihat daripada doktor gigi atau penyedia penjagaan kesihatan lain yang berkelayakan sekiranya anda mempunyai pertanyaan berkaitan keadaan atau rawatan perubatan.