PEMUTIHAN GIGI
Makanan dan minuman, begitu juga usia yang meningkat akan menjejaskan gigi kita, termasuk menyebabkan perubahan warna gigi.
PEMUTIHAN GIGI
Sama ada sakit berdenyut-denyut atau sensasi tajam dan menikam, rasa sakit adalah kesan sampingan gigi berlubang (kaviti), dan kadang-kalanya kita tidak dapat berjumpa doktor gigi dengan segera.
Kanak-kanak harus mula memflos gigi apabila gigi mereka telah bertumbuh bersebelahan satu sama lain dengan cukupnya. Bakteria boleh membiak pada celah gigi lalu menyebabkan kereputan gigi awal dan keradangan gusi.
Ibu bapa selalunya perlu memflos gigi anak-anak mereka pada mulanya. Adalah penting untuk bersikap lembut semasa menggerakkan flos di antara celah gigi anak anda. Memflos secara kasar boleh menyebabkan kesakitan atau gusi berdarah. Flos dengan lembut, terutamanya semasa mengajar anak anda betapa pentingnya bagi memflos gigi.
Anak anda akan memerlukan bantuan anda untuk mengekalkan kebersihan mulut yang betul. Membersihkan celah-celah gigi boleh menjadi sukar untuk dilakukan setiap hari, tetapi anda boleh melakukan aktiviti untuk menjadikannya menyeronokkan, contohnya:
Tunjukkan betapa bagusnya flos membuang sisa makanan daripada celah gigi anda selepas makan. Makan snek seperti sayur-sayuran berdaun atau buah-buahan yang cenderung tersangkut pada celah gigi anda, kemudian tunjukkan teknik flos yang betul supaya anak anda dapat melihat cara ia menghilangkan makanan yang menjengkelkan. Bantu anak anda menjadikan flos sebagai tabiat dengan membuat kalendar penjagaan mulut dan berikan pelekat kepada anak anda pada hari mereka berjaya melakukan rutin penjagaan mulut mereka, termasuk memflos gigi. Anda boleh menjadikan penjagaan mulut menyeronokkan dengan menggunakan produk pergigian dengan watak kegemaran mereka, memberikan ganjaran kerana tingkah laku yang baik dengan pelekat dan menyanyikan lagu lucu semasa rutin harian tersebut.
Anda boleh menggunakan flos air atau berus antara gigi untuk membersihkan celah gigi anak anda jika memflos gigi tidak selesa bagi mereka.
Membantu anak anda memberus dan memflos gigi di samping mengekalkan janji temu doktor gigi mereka demi memastikan anak anda mengekalkan kebersihan mulut mereka sendiri sepanjang mereka membesar.
Artikel ini bertujuan meningkatkan pemahaman dan pengetahuan mengenai topik berkaitan kesihatan mulut secara umum. Ia tidak bertujuan menggantikan nasihat, diagnosis atau rawatan profesional. Dapatkan nasihat daripada doktor gigi atau penyedia penjagaan kesihatan lain yang berkelayakan sekiranya anda mempunyai pertanyaan berkaitan keadaan atau rawatan perubatan.
Tartar boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan mulut anda, jadi penumpukan tartar tidak boleh dibiarkan. Tidak kira apa pun yang anda dengar atau baca, membuang tartar di rumah bukan idea yang baik.
Pernahkah anda melihat warna merah jambu pada berus gigi anda selepas memberus? Ini mungkin membuat anda tertanya-tanya sama ada anda menghidap penyakit gusi. Jadi, apakah itu penyakit gusi?
Periodontik ialah cabang bidang pergigian yang menumpukan pencegahan dan rawatan penyakit gusi. Ketahui lebih lanjut tentang periodontik dan perkara yang dilakukan oleh pakar periodontik.
Lebih ramai pakar gigi di seluruh dunia mempercayai Colgate. Temukan sumber, produk dan maklumat demi masa depan pesakit yang lebih sihat