Cara Memberus Gigi

Cara Memberus Gigi

Bagaimanakah Cara Memberus Gigi yang Betul?

Memberus dengan cara yang betul mengambil masa sekurang-kurangnya dua minit — ya betul, 120 saat! Kebanyakan orang dewasa mengambil masa yang jauh lebih pendek. Untuk mengetahui masa yang diperlukan, cuba gunakan jam randik. Untuk memberus gigi anda dengan betul, buat pergerakan pendek dan lembut sambil memberikan lebih perhatian pada garisan gusi, gigi belakang yang sukar dicapai dan bahagian di sekeliling tampalan, korona atau gigi lain yang telah dipulihkan. Tumpukan perhatian untuk membersihkan setiap bahagian berikut dengan teliti:

  • Bersihkan permukaan luar gigi anda, gigi atas dan kemudiannya gigi bawah
  • Bersihkan permukaan dalam gigi anda, gigi atas dan kemudiannya gigi bawah
  • Bersihkan permukaan untuk mengunyah
  • Untuk nafas yang lebih segar, pastikan lidah juga diberus
how to brush your gumline - colgate my how to brush teeth properly - colgate my gently brush tongue - colgate my

Condongkan berus pada sudut 45° daripada garisan gusi dan lalukan atau gerakkan berus menjauhi garisan gusi.

Berus dengan lembut bahagian luar, dalam dan permukaan mengunyah setiap gigi menggunakan pergerakan ulang-alik yang pendek.

Berus lidah dengan lembut untuk menyingkirkan bakteria dan menyegarkan nafas.

Apa Jenis Berus Gigi yang Harus Saya Gunakan?

Kebanyakan pakar pergigian mengakui bahawa berus berbulu lembut adalah yang terbaik untuk menanggalkan plak dan sisa dari gigi anda. Berus berkepala kecil juga lebih disukai kerana ia dapat mencapai semua bahagian mulut dengan lebih baik, termasuk gigi belakang yang sukar dicapai. Selain itu, berus gigi elektrik merupakan alternatif yang baik. Berus ini mampu membersihkan gigi dengan lebih baik, terutamanya bagi mereka yang mengalami kesukaran memberus atau yang mempunyai kekuatan tangan yang terhad. Untuk mencari berus gigi Colgate yang sesuai untuk anda, klik di sini.

Sepenting Manakah Ubat Gigi yang Saya Gunakan?

Menggunakan ubat gigi yang sesuai untuk anda adalah penting. Kini, terdapat pelbagai ubat gigi yang direka untuk banyak keadaan, termasuk kaviti, tartar, kesan kotoran dan gigi sensitif. Dapatkan nasihat daripada doktor gigi atau pakar kebersihan pergigian anda tentang ubat gigi yang sesuai untuk anda. Untuk mencari ubat gigi Colgate yang sesuai untuk anda, klik di sini.

Berapa Kerapkah Saya Harus Menggantikan Berus Gigi Saya?

Anda harus menggantikan berus gigi anda apabila bulu berus mula kembang atau setiap tiga bulan, mana-mana yang lebih awal. Anda juga perlu menukar berus gigi selepas anda menghidap selesema kerana bulu berus boleh mengumpul kuman yang boleh menyebabkan jangkitan semula.

06/12/2006

Artikel ini bertujuan meningkatkan pemahaman dan pengetahuan mengenai topik berkaitan kesihatan mulut secara umum. Ia tidak bertujuan menggantikan nasihat, diagnosis atau rawatan profesional. Dapatkan nasihat daripada doktor gigi atau penyedia penjagaan kesihatan lain yang berkelayakan sekiranya anda mempunyai pertanyaan berkaitan keadaan atau rawatan perubatan.