Kaviti merujuk kepada kereputan gigi yang berlaku apabila jenis bakteria tertentu menghasilkan asid yang merosakkan enamel gigi dan lapisan dasarnya, dentin.
Tiga tanda bahawa anda mungkin mempunyai kaviti ialah sakit gigi, gigi sensitif terhadap makanan atau minuman manis, panas atau sejuk, atau sakit ketika mengunyah.
Banyak jenis bakteria hidup di dalam mulut kita dan menumpuk pada gigi dalam filem melekit yang dipanggil plak gigi. Apabila kita makan dan minum, bakteria ini menghasilkan asid yang boleh melarutkan lapisan pelindung di sebalik plak yang melekat. Asid tersebut menyingkirkan mineral daripada enamel, yang jika tidak dirawat boleh menyebabkan kaviti. Kereputan bermula di bahagian utama gigi (enamel) dan apabila enamel pecah, kereputan boleh masuk lebih jauh ke dalam dentin dan akhirnya boleh sampai ke saraf (pulpa) gigi.
Doktor gigi anda boleh mendiagnosis kaviti dengan memeriksa permukaan gigi dan dengan mengambil sinar-X untuk melihat sama ada kaviti telah menembusi enamel hingga ke dalam dentin atau pulpa gigi.
Terdapat pelbagai cara untuk mencegah kaviti yang merangkumi:
Cegah punca utama kaviti gigi dengan Colgate Total, formula kami yang paling canggih dengan 'stannous fluoride' bioaktif.
Bagi orang dewasa, doktor gigi boleh menggunakan bahan pengapan pada gigi geraham yang mempunyai tanda-tanda awal kereputan gigi, selagi kereputan itu tidak menembusi enamel. Apabila enamel ditembusi sepenuhnya, doktor gigi anda perlu menampal gigi tersebut. Dalam kes yang lebih serius, kanal akar mungkin diperlukan.
Bagi kanak-kanak, geraham susu dan geraham kekal dapat dipengap. Doktor gigi juga boleh menyapu varnis berfluorida pada gigi utama dan kekal untuk melindunginya daripada kereputan.
Sekiranya tidak dirawat, kaviti akan menyebabkan gigi mereput dengan ketara. Akhirnya, kereputan yang tidak terkawal boleh merosakkan gigi sepenuhnya. Malah, terdapat risiko berlakunya jangkitan yang berkaitan dengan bengkak bernanah apabila jangkitan merebak ke akar gigi.
Kaviti ialah akibat daripada kebersihan mulut yang buruk dan plak gigi yang melekat pada permukaan gigi. Bakteria tertentu dalam plak menyebabkan kereputan. Pelbagai jenis bakteria dalam plak yang melekat berhampiran garis gusi menyebabkan penyakit gusi berlaku, merupakan keadaan yang boleh dirawat oleh doktor gigi dan pakar periodontik anda. Memandangkan kaviti dapat menembusi struktur gigi jauh ke dalam saraf, anda juga mungkin mengalami kepekaan terhadap makanan dan minuman tertentu.
Artikel ini bertujuan meningkatkan pemahaman dan pengetahuan mengenai topik berkaitan kesihatan mulut secara umum. Ia tidak bertujuan menggantikan nasihat, diagnosis atau rawatan profesional. Dapatkan nasihat daripada doktor gigi atau penyedia penjagaan kesihatan lain yang berkelayakan sekiranya anda mempunyai pertanyaan berkaitan keadaan atau rawatan perubatan.