Tampalan pertama adalah langkah besar untuk semua orang, tetapi apabila bercakap tentangnya kepada anak anda, lagi kurang kecoh, lagi baik. Pastikan perbualan anda ringkas dan positif, dengan mengelakkan perkataan yang boleh menakutkan anak anda, seperti "jarum", "gerudi" atau "tajam." Biarkan butiran lain dijelaskan oleh doktor gigi pediatrik anda, yang mempunyai latihan khusus dalam memberikan tunjuk ajar kepada anak anda tentang setiap prosedur.
Disebabkan anestesia mengendurkan otot yang menyimpan makanan dan asid di dalam perut dan di luar paru-paru anda, Mayo Clinic mengesyorkan agar tidak mengambil makanan berat sehingga enam jam sebelum lawatan ke klinik. Dan pastikan mereka memberus gigi mereka sebelum rawatan untuk membuang sisa makanan sebelum tampalan gigi. Gunakan ubat gigi fluorida untuk melindungi gigi daripada kaviti.
Anestesia setempat dan topikal paling lazim digunakan untuk tampalan pediatrik. Doktor gigi pediatrik anda juga mungkin menggunakan campuran nitrus oksida dan oksigen untuk membantu menenangkan anak anda dan mengurangkan ketidakselesaan refleks geg. Anestesia am boleh digunakan untuk sesetengah kanak-kanak dengan keperluan khas atau keresahan melampau, dan hanya boleh diberikan oleh kakitangan terlatih di klinik.
Walau apapun prosedurnya, Persatuan Pergigian Amerika (ADA) mengesyorkan agar anda bertanya soalan-soalan tertentu berhubung mana-mana tahap anestesia:
Prosedur tampalan biasa mengambil masa lebih kurang satu jam. Untuk mengurangkan tekanan, doktor gigi pediatrik biasanya akan memilih untuk membahagikan prosedur kepada beberapa lawatan jika terdapat lebih daripada satu tampalan atau gigi untuk dirawat.
Menurut Dentistry Today, semasa prosedur berkenaan, doktor gigi biasanya menggunakan teknik "tell-show-do", yang menjelaskan sebarang konsep menakutkan yang mungkin dibimbangi oleh pesakit muda. Doktor gigi mungkin juga menyediakan waktu rehat yang singkat untuk membantunya bertenang. Banyak klinik pergigian hari ini juga menyediakan filem dan muzik semasa prosedur, untuk mengalihkan perhatian kanak-kanak semasa rawatan.
Gigi sensitif selepas prosedur tampalan dan bengkak di kawasan yang dirawat adalah normal dan biasa berlaku dalam kalangan kanak-kanak dari sebarang peringkat umur; kanak-kanak yang lebih kecil boleh mengalami bengkak yang lebih dengan menggigit lidah atau bibir mereka sebelum rasa kebas daripada anestesia hilang. Walaupun begitu, sensitiviti dan bengkak seharusnya tahan paling lama antara satu hingga dua hari. Menurut Akademi Pergigian Pediatrik Amerika (AAPD), bengkak yang berterusan boleh menandakan tindak balas alahan terhadap anestesia. Sensitiviti berterusan mungkin bermakna anak anda memerlukan pelarasan gigitan. Dalam kedua-dua keadaan, anda perlu segera membuat janji temu susulan dengan doktor gigi pediatrik anda.
Selepas rawatan, penjagaan terbaik untuk anak anda ialah:
Menjaga kanak-kanak dengan gigi sensitif selepas rawatan tampalan agak menyukarkan. Mengetahui apa yang harus dijangkakan semasa prosedur dan menjejaki garis masa pemulihan selepas prosedur, menjadikan prosesnya lebih mudah. Lebih penting lagi, kanak-kanak yang membesar sambil menikmati lawatan pergigian mereka secara berkala lebih cenderung untuk terus menjaga gigi mereka dengan baik sebagai orang dewasa.
Artikel ini bertujuan meningkatkan pemahaman dan pengetahuan mengenai topik berkaitan kesihatan mulut secara umum. Ia tidak bertujuan menggantikan nasihat, diagnosis atau rawatan profesional. Dapatkan nasihat daripada doktor gigi atau penyedia penjagaan kesihatan lain yang berkelayakan sekiranya anda mempunyai pertanyaan berkaitan keadaan atau rawatan perubatan.