PEMUTIHAN GIGI
Makanan dan minuman, begitu juga usia yang meningkat akan menjejaskan gigi kita, termasuk menyebabkan perubahan warna gigi.
PEMUTIHAN GIGI
Sama ada sakit berdenyut-denyut atau sensasi tajam dan menikam, rasa sakit adalah kesan sampingan gigi berlubang (kaviti), dan kadang-kalanya kita tidak dapat berjumpa doktor gigi dengan segera.
Pengeruptan gigi pertama bayi anda ialah satu peristiwa penting. Menurut American Dental Association (ADA), kebanyakan bayi akan tumbuh gigi pertama mereka sekitar usia enam bulan dan mempunyai set gigi utama yang lengkap menjelang umur tiga tahun. Walaupun tanda-tanda pertumbuhan gigi yang paling biasa ialah kerengsaan dan air liur meleleh, terdapat beberapa tanda lain yang mungkin menunjukkan bahawa anak anda sedang tumbuh gigi. Ini boleh menjadi proses yang menyakitkan, dan semua bayi akan mengatasi ketidakselesaan secara berbeza. Mengetahui tentang tanda-tanda biasa boleh membantu anda memastikan bayi anda selesa sepanjang proses ini.
Adakah anda perasan perubahan ketara dalam corak tidur bayi anda? Pertumbuhan gigi mungkin dalangnya. Semasa melalui proses ini, banyak bayi akan mengalami kesukaran untuk tidur dan akan bangun lebih kerap kerana kesakitan yang disebabkan oleh ketidakselesaan gusi.
Bayi yang sedang tumbuh gigi cenderung untuk menggigit atau mengunggis apa-apa sahaja yang dijumpainya. Tekanan daripada menggigit atau mengunggis dapat membantu menghilangkan sedikit tekanan daripada gusi dan melegakan sementara rasa sakit. Memberikan gegelang gigit kepada bayi anda ialah cara terbaik untuk membantunya mengharungi tempoh ini.
Tanda-tanda pertumbuhan gigi juga boleh merangkumi kesakitan yang merebak ke telinga dan pipi. Apabila bayi mengalami ketidakselesaan ini, mereka cenderung menarik telinga atau menggosok pipinya untuk mendapatkan keselesaan. Walaupun tingkah laku ini boleh menjadi tanda pertumbuhan gigi, ini juga mungkin merupakan petunjuk bahawa anak anda menderita jangkitan telinga. Sekiranya demikian, berjumpa dengan doktor adalah mustahak.
Semasa kanak-kanak tumbuh gigi, gusi mereka menjadi lembut dan sakit. Akibatnya, mereka biasanya akan menolak makanan. Secara semula jadi, proses mengunyah boleh menyebabkan ketidakselesaan kepada bayi, sehingga mereka hilang selera makan.
Pastikan anda membersihkan dan menjaga gigi bayi anda dengan betul. Ingat, amalan kebersihan mulut yang baik harus bermula sebelum pengeruptan gigi pertama bayi anda.
Artikel ini bertujuan meningkatkan pemahaman dan pengetahuan mengenai topik berkaitan kesihatan mulut secara umum. Ia tidak bertujuan menggantikan nasihat, diagnosis atau rawatan profesional. Dapatkan nasihat daripada doktor gigi atau penyedia penjagaan kesihatan lain yang berkelayakan sekiranya anda mempunyai pertanyaan berkaitan keadaan atau rawatan perubatan.
Membuat lawatan ke klinik pergigian adalah sesuatu yang biasa, namun ia agak meresahkan jika anak-anak anda mendapat gigi sensitif selepas prosedur tampalan. Ketahui cara memudahkannya di Colgate®.
Berus gigi kanak-kanak berbeza dari segi saiz dan bentuk. Pelajari beberapa garis panduan untuk membantu anda memilih berus gigi secara berkesan untuk anak anda.
Pelajari rahsia kepada gigi kanak-kanak yang sihat dan apa yang dilakukan oleh ibu bapa hebat untuk melindungi anak mereka daripada kerosakan gigi.
Lebih ramai pakar gigi di seluruh dunia mempercayai Colgate. Temukan sumber, produk dan maklumat demi masa depan pesakit yang lebih sihat