Jika anak anda mengalami luka kanker yang menyakitkan, jangan abaikan rutin penjagaan mulutnya. Menjaga kebersihan mulut anak anda akan mencegah kemunculan lebih banyak luka dan akan memendekkan masa penyembuhan. Amalkan sikap lembut dan sabar, serta tegaskan kepada anak anda bahawa mulut yang bersih bererti mulut yang sihat.
Memberus Gigi Anak Anda
Walaupun anak anda mungkin tidak mahu memberus gigi ketika mengalami luka, segala rutin penjagaan mulut perlu diteruskan tanpa gangguan. Untuk memudahkan lagi tugas anda serta mengurangkan kesakitan anak anda, gunakan berus gigi bayi paling lembut yang boleh didapati. Bulunya yang lebih lentur tidak akan merengsakan gusi sensitif anak anda seperti berus gigi yang keras. Elakkan memberus luka kanker. Pastikan juga anda memilih ubat gigi yang selamat untuk kanak-kanak.
Menggunakan Ubat Kumur dan Memflos
Selepas memberus, flos gigi anak anda seberapa banyak yang mungkin. Langkau dahulu bahagian yang berhampiran dengan luka. Kemudian, susuli dengan ubat kumur jika anak anda pandai berkumur dan meludah. Pilih ubat kumur antimikrob bebas alkohol untuk kanak-kanak berumur 2 tahun ke atas; kumuran ini tidak akan memedihkan atau merengsakan luka kanker. Selesaikan rutin anda dengan menyapukan gel pelali mulut yang selamat untuk kanak-kanak pada setiap luka untuk melegakan kesakitan. Gunakan hujung putik kapas yang lembut untuk menyapu ubat.
Petua Diet Luka Kanker
Antara waktu memberus, berikan makanan lembut dan hambar kepada anak anda. Elakkan makanan dengan kandungan bahan perasa yang tinggi atau sos pedas. Persatuan Pergigian Amerika mengesyorkan pemilihan makanan sihat yang kaya dengan protein, zink serta vitamin A dan C untuk mempercepat proses penyembuhan. Berikan anak anda telur masak hancur, mil oat, sup berkrim, yogurt Greek, tauhu, makaroni dan keju, sayur-sayuran kukus, sos epal, penkek atau minuman protein. Pastikan juga anak anda sentiasa meminum air. Air berais, susu atau jus anggur yang dicairkan kurang sekali merengsakan luka.
Walaupun luka kanker menyakitkan, ia bukanlah alasan untuk menghentikan penjagaan mulut harian. Beruskan gigi dengan perlahan-lahan, gunakan produk gigi tanpa alkohol dan berikan anak anda makanan hambar dan lembut sehingga mulut anak anda sembuh sepenuhnya.