Luka mulut atau ulser boleh muncul sebagai empat cara. Menurut Hospital Kanak-kanak Seattle, ulser kanker adalah jenis luka mulut yang paling biasa untuk kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. Lepuh sejuk, penyakit HFMD dan kecederaan mulut boleh menyebabkan luka mulut.
Malangnya, golongan kanak-kanak sama cenderung untuk mendapat luka mulut seperti golongan dewasa. Jenis luka yang paling biasa, iaitu lepuh kanker boleh disebabkan oleh tekanan, tidak cukup rehat dan penyakit imun, walaupun para pakar masih tidak pasti mengapa ia berlaku.
Lepuh sejuk boleh dijumpai di bahagian dalam dan luar mulut. Ia biasanya muncul di sekitar bibir anak anda dan kulit di sekeliling mulut mereka. Pada kemunculan pertama, ia juga boleh didapati di dalam mulut.
Lepuh sejuk ialah sejenis virus herpes simpleks jenis 1 iaitu virus yang berjangkit melalui sentuhan. Kanak-kanak yang mengalami lepuh sejuk biasanya dijangkit oleh seorang dewasa. Jadi, walaupun sukar untuk menahan diri daripada memeluk anak anda, berjaga-jaga sekiranya anda mungkin membawa virus tersebut. Ia lebih baik untuk mengelakkan diri daripada mencium anak anda semasa mengalami luka mulut ini. Begitu juga, bincang bersama doktor anda mengenai penyusuan anak jika anda mengesyaki jangkitan virus ini.
HFMD juga merebak melalui virus yang dikenali sebagai coxsackievirus.
Coxsackievirus biasanya berlaku di kalangan kanak-kanak.
Ia berebak melalui bendalir badan, sentuhan atau bahan najis, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika. HFMD ialah penyakit kecil yang biasanya reda dalam masa seminggu.
Oleh kerana lepuh sejuk dan HFMD amat berjangkit, pastikan anda mengelak daripada bersentuhan dengan sesiapa yang mempunyai lepuh yang aktif.
Kecederaan pada mulut adalah kejadian biasa akibat aktiviti kanak-kanak. Memberus gigi terlalu kuat juga salah satu daripada puncanya. Kecederaan juga boleh berlaku akibat makanan panas yang melecur.
Doktor anda mungkin mengesyorkan ubat antiviral untuk mempercepatkan pemulihan lepuh sejuk. Ujian tambahan mungkin dijalankan pada lepuh kanker yang bersaiz besar atau jika ia yang mengambil masa yang lebih daripada biasa untuk pulih.
Kunci kepada keselesaan dan penjagaan di rumah ialah pengambilan makanan sejuk, hidrasi, rehat dan membiarkan lepuh tersebut pulih selepas beberapa masa. Bincang dengan doktor anda mengenai dos acetaminophen, ibuprofen dan antacis yang dapat melegakan ketidakselesaan. Witch hazel yang dicalitkan pada permukaan luka juga dikenali untuk meredekan keradangan dan kesakitan pada tisu lembut, tetapi pastikan untuk mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
Sekiranya anak kecil anda tidak bergerak, sangat lemah, bengkak di muka, mungkin menelan bahan kimia atau mempunyai lepuh yang muncul selepas mengambil ubat, anda harus menghubungi doktor anda dengan segera. Jika tidak, pastikan untuk memanjakan si kecil semasa ini dan pantau keadaan mereka.
Artikel ini bertujuan meningkatkan pemahaman dan pengetahuan mengenai topik berkaitan kesihatan mulut secara umum. Ia tidak bertujuan menggantikan nasihat, diagnosis atau rawatan profesional. Dapatkan nasihat daripada doktor gigi atau penyedia penjagaan kesihatan lain yang berkelayakan sekiranya anda mempunyai pertanyaan berkaitan keadaan atau rawatan perubatan.