Menurut MedlinePlus, perkara yang tidak berkaitan dengan penjagaan dan kebersihan mulut seperti sakit telinga, tekanan sinus dan serangan jantung juga boleh menyebabkan sakit gigi. Walau bagaimanapun, dengan mengamalkan kebersihan mulut yang baik dan berjumpa pakar gigi anda untuk pemeriksaan berkala, kebanyakan penyebab sakit gigi dapat dielakkan.
Bergantung pada simptom anda, ubat sakit gigi tanpa preskripsi boleh membantu mengurangkan kesakitan anda sementara menunggu rawatan profesional.
Terdapat juga penawar yang boleh anda cuba di rumah untuk menghilangkan rasa sakit dan mengurangkan gejala sehinggalah anda sampai di klinik pakar gigi anda.
Cadangan di atas akan membantu memberi anda kelegaan sementara sehinggalah anda dapat berjumpa dengan pakar gigi anda. Semasa janji temu, mereka akan dapat mendiagnosis penyebab kesakitan anda supaya mereka dapat memberi anda rawatan yang membuat anda tersenyum.
Artikel ini bertujuan meningkatkan pemahaman dan pengetahuan mengenai topik berkaitan kesihatan mulut secara umum. Ia tidak bertujuan menggantikan nasihat, diagnosis atau rawatan profesional. Dapatkan nasihat daripada doktor gigi atau penyedia penjagaan kesihatan lain yang berkelayakan sekiranya anda mempunyai pertanyaan berkaitan keadaan atau rawatan perubatan.