PEMUTIHAN GIGI
Makanan dan minuman, begitu juga usia yang meningkat akan menjejaskan gigi kita, termasuk menyebabkan perubahan warna gigi.
PEMUTIHAN GIGI
Sama ada sakit berdenyut-denyut atau sensasi tajam dan menikam, rasa sakit adalah kesan sampingan gigi berlubang (kaviti), dan kadang-kalanya kita tidak dapat berjumpa doktor gigi dengan segera.
Terdapat pelbagai pilihan yang menakjubkan untuk jenis gigi palsu. Agar sukar membuat pilihan, tetapi anda perlu tahu bahawa semakin banyak orang memilih jenis fleksibel. Kami akan memberitahu sebab untuk mempertimbangkan gigi palsu fleksibel atau sebaliknya.
Perkakas berguna ini dapat meningkatkan penampilan, keupayaan bercakap, dan kemudahan mengunyah. Gigi palsu boleh ditanggalkan dan digunakan untuk mengganti atau menutup gigi yang tiada atau rosak di dalam mulut anda. Ia mempunyai manfaat tambahan untuk menetapkan kedudukan gigi anda yang tinggal dan mengelakkan muka anda menjadi kendur.
Gigi palsu boleh mengganti semua atau sebahagian gigi anda (penuh atau sebahagian) dan dibuat daripada porselin, resin akrilik, logam, plastik atau gabungannya. Gigi palsu yang dibuat daripada plastik (biasanya sebahagian) dipanggil gigi palsu fleksibel kerana kualitinya yang mudah lentur.
Gigi palsu fleksibel biasanya dibuat daripada termoplastik seperti nilon, menurut Spear Education. Penggunaan bahan canggih ini menghasilkan pelbagai jenis gigi palsu dengan kualiti yang berbeza berbanding gigi palsu konvensional.
Walaupun gigi palsu menawarkan banyak manfaat, ia memberikan cabaran kepada sesetengah orang ketika memilih bahan yang betul.
Pelbagai syarikat membuat gigi palsu fleksibel. Sekiranya anda fikir ia sesuai untuk keperluan anda, berjumpa dengan pakar gigi anda untuk mendapatkan cadangan dan kepakaran mereka.
Anda mungkin mendapati bahawa kelemahan gigi palsu fleksibel sangat munasabah berbanding dengan manfaatnya yang banyak.
Umumnya, orang bimbang bahawa gigi palsu fleksibel menjejaskan ketahanan, walaupun ini tidak berasas (ada satu jenama bahkan menawarkan jaminan seumur hidup). Menurut American Dental Association, anda harus memberus gigi palsu anda dengan cermat agar tidak merosakkan bahan plastik.
Gigi palsu fleksibel sangat sesuai untuk banyak orang kerana keselesaan dan keselamatan yang ditawarkan. Jika anda menganggap ia sebagai satu pilihan, sebaiknya berunding dengan pakar gigi anda untuk mendapatkan cadangan mereka. Anda kini sudah bersedia untuk membuat pilihan yang tepat demi kejayaan anda pada masa hadapan.
Artikel ini bertujuan meningkatkan pemahaman dan pengetahuan mengenai topik berkaitan kesihatan mulut secara umum. Ia tidak bertujuan menggantikan nasihat, diagnosis atau rawatan profesional. Dapatkan nasihat daripada doktor gigi atau penyedia penjagaan kesihatan lain yang berkelayakan sekiranya anda mempunyai pertanyaan berkaitan keadaan atau rawatan perubatan.
Ketahui tentang pilihan yang dapat membantu menangani masalah kehilangan gigi, seperti implan pergigian, jambatan dan gigi palsu.
Ketahui lebih lanjut tentang gigi palsu, termasuk gigi palsu separa, gigi palsu kekal, gigi palsu fleksibel dan banyak lagi untuk Pusat Penjagaan Mulut Colgate.
Dirumus khas dengan 100% ekstrak semula jadi Kayu Sugi untuk menggabungkan kepakaran sains Colgate® dan kebaikan alam semula jadi
Dirumus khas dengan 100% ekstrak semula jadi Kayu Sugi untuk menggabungkan kepakaran sains Colgate® dan kebaikan alam semula jadi
Dapatkan gigi lebih putih dalam 14 hari!
Bulu berus bersilang berbilang sudut direka khas agar mencapai jauh ke celah gigi untuk pembersihan yang berkesan
Lebih ramai pakar gigi di seluruh dunia mempercayai Colgate. Temukan sumber, produk dan maklumat demi masa depan pesakit yang lebih sihat