Fluorida Gigi
Badge field

Apa itu Fluorida?

Published date field

Apa itu Fluorida?

Fluorida ialah mineral semula jadi yang terdapat di seluruh kerak bumi dan tersebar luas di alam semula jadi. Sesetengah makanan dan bekalan air mengandungi fluorida.

Fluorida sering ditambahkan ke dalam air minuman untuk membantu mengurangkan pereputan gigi. Pada tahun 1930-an, penyelidik mendapati bahawa orang yang minum air berfluorida secara semula jadi mempunyai kemungkinan mengalami sehingga dua pertiga kali lebih rendah kaviti gigi berbanding orang yang tinggal di kawasan tanpa air berfluorida. Kajian yang dijalankan berulang kali sejak itu menunjukkan bahawa apabila fluorida ditambahkan kepada bekalan air komuniti, pereputan gigi berkurangan. Organisasi-organisasi, antaranya American Dental Association, World Health Organization dan American Medical Association, telah menyokong penggunaan fluorida dalam bekalan air kerana kesannya yang menghalang pereputan gigi.

Bagaimanakah Fluorida Berfungsi?

  • Fluorida membantu mencegah kaviti dengan dua cara yang berbeza:
  • Fluorida terkumpul di dalam tulang kanak-kanak yang sedang membesar serta gigi yang sedang terbentuk dengan membantu menguatkan enamel pada gigi bayi dan gigi orang dewasa sebelum ia tumbuh
  • Fluorida membantu mengeraskan enamel pada gigi orang dewasa yang sudah tumbuh
  • Fluorida berfungsi semasa proses dimineralisasi (pengurangan pemineralan) dan remineralisasi (pemineralan semula) yang berlaku secara semula jadi di dalam mulut anda.
  • Selepas anda makan, air liur anda mengandungi asid yang menyebabkan dimineralisasi, iaitu pelarutan kalsium dan fosforus di bawah permukaan gigi
  • Pada masa lain, apabila air liur anda kurang berasid, ia bertindak sebaliknya iaitu membekalkan semula kalsium dan fosforus agar gigi anda kekal keras. Proses ini dikenali sebagai remineralisasi. Apabila fluorida wujud semasa remineralisasi, mineral yang termendap adalah lebih keras daripada biasa dan membantu menguatkan gigi anda dan mencegah pelarutan semasa fasa dimineralisasi seterusnya

Bagaimanakah Saya Tahu Jika Saya Mendapat Fluorida yang Mencukupi?

Jika air minuman anda berfluorida, memberus secara kerap dengan ubat gigi fluorida dianggap memadai untuk orang dewasa dan kanak-kanak yang mempunyai gigi yang sihat, oleh itu, risiko gigi reput adalah rendah.

Jika air komuniti anda tidak berfluorida dan tidak mengandungi fluorida semula jadi yang mencukup (1 bahagian per juta dianggap optimum), maka doktor gigi atau pakar pediatrik anda boleh mempreskripsikan tablet atau titisan fluorida untuk anak anda ambil setiap hari. Doktor gigi atau pakar pediatrik anda boleh memberitahu kadar fluorida yang sesuai untuk keluarga anda, oleh itu, dapatkan nasihat mereka.

Jika bekalan air anda datang daripada bekalan air awam, anda boleh mengetahui sama ada ia berfluorida atau tidak dengan menghubungi pembekal air di tempat anda. Jika air anda datang dibekalkan dari perigi persendirian, anda boleh meminta syarikat pengujian alam sekitar bebas yang menyediakan perkhidmatan pengujian air untuk menganalisis air tersebut.

Artikel ini bertujuan meningkatkan pemahaman dan pengetahuan mengenai topik berkaitan kesihatan mulut secara umum. Ia tidak bertujuan menggantikan nasihat, diagnosis atau rawatan profesional. Dapatkan nasihat daripada doktor gigi atau penyedia penjagaan kesihatan lain yang berkelayakan sekiranya anda mempunyai pertanyaan berkaitan keadaan atau rawatan perubatan.