Menanggalkan Pendakap Gigi

Sebelum dan Selepas Memakai Pendakap Gigi Orang Dewasa: Apa yang Boleh Dijangka Apabila Ia Ditanggalkan

 

oleh Jae Curtis

Pemakaian pendakap gigi oleh orang dewasa adalah perkara biasa. Seton Hill University Center for Orthodontics menganggarkan bahawa 20 hingga 25 peratus pesakit ortodontik merupakan orang dewasa. Prosedur sebelum dan selepas memakai pendakap gigi bagi orang dewasa adalah serupa dengan prosedurnya bagi kanak-kanak, namun jika anda baru memakainya, berikut adalah apa yang anda boleh jangkakan apabila pendakap gigi anda akhirnya ditanggalkan.

Menanggalkan Pendakap Gigi

Menurut Your Dentistry Guide, pakar ortodontik anda akan memeriksa dan menjejaki kedudukan gigi anda pada setiap sesi lawatan dan akan memutuskan tarikh rawatan anda selesai. Menanggalkan pendakap gigi tidak menyakitkan. Anda tidak perlu membuat persediaan khusus untuk janji temu ini. Malah, anda mungkin menyukai pengurangan tekanan pada gigi apabila pendakap gigi ditanggalkan.

Alat Pemegang dan Aplians

Anda mungkin terdorong untuk segera mengambil gambar untuk membuat perbandingan sebelum dan selepas pemakaian pendakap gigi, tetapi harap bersabar dahulu. Jangan lupa untuk memakai alat pemegang anda. Pakar ortodontik biasanya akan memasangkan alat pemegang pada gigi anda untuk memastikan gigi anda tidak bergerak selepas pendakap gigi ditanggalkan. Menurut Mayo Clinic, terdapat dua jenis alat pemegang iaitu jenis boleh tanggal atau jenis tetap dalam kedudukan yang tidak dapat dilihat di dalam mulut anda.

Setiap alat pemegang adalah disesuaikan untuk pemakainya, jadi ia harus muat dengan selesa di dalam mulut anda. Penjagaannya juga cukup mudah; berusnya secara lazim dengan ubat gigi fluorida sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan mulut anda.

Berkumur

Berkumur dengan larutan fluorida dapat membantu mencegah kaviti dengan membantu memperkukuhkan enamel gigi dan menguatkan gigi. Ubat kumur yang dirumus khas dengan natrium fluorida dapat membantu membersihkan dan menguatkan bahagian mulut anda yang mungkin terdapat makanan dan bakteria yang terperangkap pada pendakap gigi. Sertakan sahaja amalan berkumur kepada rutin penjagaan mulut anda yang lazim dan kumur dua kali sehari.

Pemutihan Gigi

Dengan gigi anda yang kini tersusun cantik, anda pasti ingin menggandingkannya dengan senyuman yang putih berseri. Anda boleh memilih antara dua proses pemutihan: di klinik gigi dan di rumah. Jika anda memilih prosedur pemutihan di klinik gigi, anda perlu membuat janji temu dengan doktor gigi anda. Dalam prosedur pemutihan ini, gigi anda akan diselaputi gel berasaskan peroksida yang disapu pada permukaan gigi. Tisu gusi disapukan dengan gel pelindung untuk melindunginya daripada gel pemutih. Cahaya dipancarkan pada gigi untuk mempercepat kesan pemutihan, dan ini termasuk tiga sesi selama 15 minit yang dijalankan dalam setiap lawatan ke klinik gigi.

Jika anda lebih suka memutihkan gigi di rumah, pilih ubat gigi yang mengandungi hidrogen peroksida yang boleh menanggalkan kesan kotoran dan mencerahkan warna gigi anda. Anda boleh menggunakan ubat gigi pemutih seperti Colgate® Optic White®; jika digunakan secara kerap, ia dapat membantu memberi anda senyuman yang lebih berseri.

Menanggalkan pendakap gigi merupakan pengalaman yang paling mengujakan. Dengan mendengar nasihat doktor gigi anda dan mengikut arahannya dengan teliti, anda boleh melindungi pemerolehan anda dan mempamerkan senyuman yang sempurna sepanjang hidup.

 

Artikel ini bertujuan meningkatkan pemahaman dan pengetahuan mengenai topik berkaitan kesihatan mulut secara umum. Ia tidak bertujuan menggantikan nasihat, diagnosis atau rawatan profesional. Dapatkan nasihat daripada doktor gigi atau penyedia penjagaan kesihatan lain yang berkelayakan sekiranya anda mempunyai pertanyaan berkaitan keadaan atau rawatan perubatan.