PEMUTIHAN GIGI
Makanan dan minuman, begitu juga usia yang meningkat akan menjejaskan gigi kita, termasuk menyebabkan perubahan warna gigi.
PEMUTIHAN GIGI
Sama ada sakit berdenyut-denyut atau sensasi tajam dan menikam, rasa sakit adalah kesan sampingan gigi berlubang (kaviti), dan kadang-kalanya kita tidak dapat berjumpa doktor gigi dengan segera.
Kebanyakan alat pemegang adalah jenis boleh ditanggalkan. Ini bermakna anda boleh menanggalkannya semasa makan, memberus gigi dan memflos. Oleh sebab itu, alat pemegang memang mudah terhilang. Ramai orang membungkus alat pemegang meraka dalam kertas tisu semasa makan dan terlupa untuk memakainya selepas makan. Ini menyebabkan mereka terpaksa membelanjakan beratus-ratus dolar untuk membeli alat pemegang yang baru.
Cara terbaik untuk mengelakkan kejadian ini adalah dengan sentiasa membawa bekas alat pemegang bersama anda dan menggunakannya apabila anda tidak memakai alat pemegang anda. Untuk perlindungan tambahan, jangan sekali-kali meninggalkan bekas alat pemegang di atas meja atau bangku — sentiasa letakkannya di dalam beg, dompet atau poket anda.
Doktor gigi anda akan memaklumkan berapa lama anda harus memakai alat pemegang anda. Oleh sebab alat pemegang bertujuan untuk mengelakkan gigi anda daripada beralih kembali ke kedudukannya yang asal, ia perlu dipakai sekurang-kurangnya sehingga tulang rahang dan gusi anda mempunyai masa untuk menjadi stabil pada gigi anda yang baru diluruskan. Banyak pakar ortodontik mengesyorkan agar kanak-kanak dan remaja memakai alat pemegang mereka sehingga awal atau pertengahan usia 20-an — sehingga semua gigi kekal tumbuh dan rahang berhenti membesar.
11/15/2010
Anda sentiasa inginkan yang terbaik untuk anak-anak anda, termasuk mencari jalan untuk membiayai rawatan ortodontik mereka. Jadi, berapakah kos pendakap gigi?
Artikel ini bertujuan meningkatkan pemahaman dan pengetahuan mengenai topik berkaitan kesihatan mulut secara umum. Ia tidak bertujuan menggantikan nasihat, diagnosis atau rawatan profesional. Dapatkan nasihat daripada doktor gigi atau penyedia penjagaan kesihatan lain yang berkelayakan sekiranya anda mempunyai pertanyaan berkaitan keadaan atau rawatan perubatan.
Lebih ramai pakar gigi di seluruh dunia mempercayai Colgate. Temukan sumber, produk dan maklumat demi masa depan pesakit yang lebih sihat