PEMUTIHAN GIGI
Makanan dan minuman, begitu juga usia yang meningkat akan menjejaskan gigi kita, termasuk menyebabkan perubahan warna gigi.
PEMUTIHAN GIGI
Sama ada sakit berdenyut-denyut atau sensasi tajam dan menikam, rasa sakit adalah kesan sampingan gigi berlubang (kaviti), dan kadang-kalanya kita tidak dapat berjumpa doktor gigi dengan segera.
Jika anda pernah mengalami sakit saraf gigi, anda pasti tahu betapa peritnya kesakitan yang dialami. Ini kerana apabila saraf gigi terdedah, kepekaan, ketidakselesaan, dan kesakitan yang dirasai mungkin ketara bagi banyak orang dan tidak tertanggung bagi sesetengah orang. Ini boleh menghilangkan nafsu untuk menikmati makanan dan minuman tertentu dan akhirnya menjadi satu tanda masalah kesihatan mulut yang lebih teruk. Jika anda mengalami sebarang masalah ini dan tidak selesa ketika makan — berjumpa dengan doktor gigi anda supaya mereka dapat mengetahui penyebab dan rawatan untuk sakit saraf anda.
Untuk memahami bagaimana sakit saraf gigi anda berlaku, pertama sekali anda mesti mengetahui serba sedikit tentang gigi anda dan persekitarannya. Enamel melapisi gigi anda di atas garis gusi, sementara simentum melitupinya di bawah garis gusi. Kedua-duanya bertugas untuk melindungi dentin anda. Dentin ialah mineral lembut kekuningan yang penuh dengan tubul yang terhubung ke pulpa saraf dalaman anda. Apabila dentin terdedah, saraf mungkin dirangsang hingga menyebabkan kerengsaan dan kesakitan. Kesakitan ini boleh disebabkan oleh pengambilan:
Beberapa senario boleh menyebabkan kepekaan gigi. Menurut American Dental Association, antara penyebabnya ialah:
Kepekaan gigi boleh tercetus dengan cara yang sama seperti sakit saraf gigi — apabila terdedah kepada makanan dan minuman tertentu. Walau bagaimanapun, sakit saraf ialah akibatnya sekiranya pendedahan lebih jauh ke dalam saraf gigi. Sebaliknya, kepekaan ialah akibat yang jauh dari saraf, iaitu di permukaan gigi.
Anda boleh melegakan saraf gigi yang merengsa dengan mengelakkan makanan dan minuman yang menyebabkan kerengsaan, seperti yang dinyatakan di atas. Ini termasuklah:
Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk merawat sakit saraf anda dengan berkesan. Taktik yang paling penting — berjumpa dengan doktor gigi anda. Mereka boleh membuat pemeriksaan mulut dan menentukan tempat dan bagaimana kesakitan anda berlaku. Mereka juga akan mengesyorkan anda untuk:
Jangan gementar apabila makanan kegemaran anda diletakkan dalam pinggan anda. Sementara makanan dan minuman memberi kita khasiat, ia juga memberikan kenikmatan. Oleh itu, pastikan anda berjumpa dengan doktor gigi, pantau kebersihan mulut anda, serta elakkan makanan dan minuman yang menyebabkan sakit saraf. Jika anda mampu melakukannya — saraf anda akan menjadi sekuat besi.
Artikel ini bertujuan meningkatkan pemahaman dan pengetahuan mengenai topik berkaitan kesihatan mulut secara umum. Ia tidak bertujuan menggantikan nasihat, diagnosis atau rawatan profesional. Dapatkan nasihat daripada doktor gigi atau penyedia penjagaan kesihatan lain yang berkelayakan sekiranya anda mempunyai pertanyaan berkaitan keadaan atau rawatan perubatan.
Berikut ialah empat ubat buatan sendiri untuk sakit gigi. Patutkah anda mencubanya? Atau sebaliknya, patutkah anda berjumpa doktor gigi? Ketahui lebih lanjut tentang ubat buatan sendiri.
Kira-kira 40 juta orang dewasa di Amerika Syarikat mengalami kepekaan gigi. Jadi, apakah punca gigi sensitif? Beberapa masalah gigi. Cari jawapan anda di sini.
Terdapat ubat gigi yang boleh membebaskan anda daripada masalah gigi sensitif yang amat menyakitkan. Sungguh menakjubkan - tetapi bagaimanakah ia bertindak?
Lebih ramai pakar gigi di seluruh dunia mempercayai Colgate. Temukan sumber, produk dan maklumat demi masa depan pesakit yang lebih sihat