Walaupun anda seorang yang amat menjaga kesihatan mulut anda, anda mungkin tertanya-tanya sebab anda mengalami gusi sensitif. Sakit gusi boleh berlaku akibat keadaan perubatan pendasar atau disebabkan oleh punca yang lebih benigna, seperti kerengsaan akibat pelindung mulut anda.
Punca kepekaan gigi yang paling lazim ialah penyakit gusi (juga dikenali sebagai penyakit periodontal). Penyakit gusi ialah keadaan serius yang boleh menyebabkan kehilangan gigi jika tidak dirawat, jadi adalah penting untuk mengamalkan kebersihan gigi yang betul dan menjadualkan lawatan dengan pakar gigi anda jika anda mengalami gejala.
Kepekaan gusi boleh disebabkan oleh tingkah laku atau keadaan lain selain daripada penyakit gusi, jadi kami akan membimbing anda tentang beberapa perkara yang mungkin tidak anda jangkakan.
Jika anda memberus terlalu kuat, anda mungkin merengsakan gusi atau merosakkan enamel anda yang menyebabkan kepekaan gusi.
Anda melakukan kerja yang bagus dengan mengerahkan tenaga ke dalam rutin penjagaan mulut anda, tetapi sebaiknya jaga mulut anda dengan berhati-hati. Teknik adalah lebih penting daripada tenaga apabila berkaitan dengan kesihatan gigi anda kerana gigi dan gusi anda lebih sensitif daripada yang anda jangkakan.
Petua berguna jika anda memberus terlalu kuat:
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, perubahan hormon dalam kalangan wanita yang lebih tua akan menyebabkan berlakunya ketidakselesaan di dalam mulut. Mulut menjadi kering, sakit dan mempunyai sensasi membakar pada tisu gusi serta perubahan pada deria rasa, terutamanya masin, pedas atau masam. Gusi yang kelihatan kering dan berkilat lebih mudah berdarah.
Hormon ini boleh menyebabkan peningkatan aliran darah ke gusi anda, yang boleh mengakibatkan tindak balas yang diperkuat terhadap plak atau bakteria di dalam mulut anda. Anda mungkin mengalami keradangan, bengkak atau pendarahan semasa paras hormon tinggi atau turun naik.
Peristiwa hormon yang boleh mencetuskan kepekaan gusi termasuk:
Petua berguna: Orang yang mempunyai paras estrogen atau progesteron yang tinggi lebih berkemungkinan menghidap penyakit gusi. Jika anda berada dalam kategori ini, amat penting untuk mengamalkan rutin pergigian yang betul dan menjadualkan lawatan berkala dengan pakar gigi anda.
Punca biasa gusi sensitif ialah kerengsaan akibat pemakanan anda atau peralatan pergigian. Mulut anda mudah menyesuaikan diri dan terdedah kepada perubahan persekitaran, sama seperti bahagian badan anda yang lain. Jika anda memperkenalkan peralatan pergigian atau kerap mengambil makanan atau minuman yang tidak sihat, ini boleh menyebabkan reaksi dalam kesihatan mulut anda.
Jika anda mengambil terlalu banyak makanan atau minuman berasid atau manis, ini boleh meradangkan gusi anda atau menyebabkan ketidakselesaan. Atas sebab ini, pilihan yang bijak adalah makan diet yang sihat untuk mengelakkan masalah tersebut. Sesetengah bahan yang anda mungkin tidak anggap tidak sihat boleh jadi berasid, seperti hidangan dengan tomato atau minuman dengan lemon.
Petua untuk menjaga gusi sensitif daripada diet yang buruk:
Selain menyebabkan kepekaan atau ketidakselesaan sementara, bahan berasid dan manis boleh meningkatkan kemungkinan anda menghidap penyakit gusi. Amalkan penjagaan gigi yang betul dan jadualkan janji temu dengan pakar gigi jika anda percaya diet anda telah menyebabkan gingivitis atau periodontitis.
Gusi anda mungkin mengalami kepekaan disebabkan oleh pendakap gigi, alat penahan, pelindung mulut, gigi palsu, atau peralatan tetap atau boleh tanggal yang lain. Jika anda mempunyai peralatan baharu, jangan risau kerana sedikit masa diperlukan untuk membiasakan diri.
Jika anda mendapati bahawa peralatan pergigian anda telah rosak, haus, atau menyebabkan kerengsaan berterusan kepada mulut anda, sebaiknya jadualkan janji temu dengan pakar gigi. Mereka boleh melaraskan peralatan anda atau mengesyorkan penggantian yang tidak akan menyebabkan ketidakselesaan atau kesakitan.
Sukar untuk mengetahui sama ada kepekaan gusi anda berpunca daripada gingivitis, periodontitis atau keadaan lain. Adalah penting untuk tidak sekadar menangani kepekaan gusi anda tetapi untuk merawat punca pendasar bagi memastikan masalah itu tidak melarat. Syabas kerana anda berjaya mempersiapkan diri dengan pemahaman tentang beberapa punca kepekaan gusi yang mengejutkan.
Artikel ini bertujuan meningkatkan pemahaman dan pengetahuan mengenai topik berkaitan kesihatan mulut secara umum. Ia tidak bertujuan menggantikan nasihat, diagnosis atau rawatan profesional. Dapatkan nasihat daripada doktor gigi atau penyedia penjagaan kesihatan lain yang berkelayakan sekiranya anda mempunyai pertanyaan berkaitan keadaan atau rawatan perubatan.