3 Tooth Brushing Techniques that Get the Job Done

gosok gigi dan berus gigi - colgate my

 1. Teknik Bass atau Sulcular

Kunci untuk mencegah dan mengawal penyakit gusi ialah memberus sekeliling dan di bawah garis gusi di mana terdapat pengumpulan bakteria dan plak. Seperti yang dikongsikan oleh MedChrome, dengan kaedah Brass, bulu berus mencapai bahagian bawah gusi untuk menggosok plak sebelum ia mengeras kepada tartar dan menyebabkan penyakit gusi:

  • Halakan bulu berus ke arah gusi dan letakkan berus gigi selari dengan gigi anda.
  • Condongkan berus 45 darjah dan gerakkan bulu berus sedikit di bawah garis gusi.
  • Gunakan tekanan yang kukuh tetapi lembut, dan sambil mengekalkan bulu berus di bawah tisu gusi, goyang atau getarkan berus ke hadapan dan ke belakang atau gunakan gerakan bulat 15 hingga 20 kali sebelum beralih ke kawasan seterusnya. Berus seharusnya menutup dua atau tiga batang gigi pada satu masa.
  • Berus keseluruhan permukaan gigi kemudian menggunakan teknik yang sama pada sebelah lidah.
  • Untuk memberus bahagian dalam gigi depan, pegang berus gigi secara menegak dan gunakan bulu pada hujung kepala berus, tetapi pastikan ia bersentuhan di bawah tisu gusi.</li> <li>Bersihkan permukaan gigi geraham yang mengunyah dan jangan lupakan lidah anda.

2. Teknik Stillman 

Kaedah Stillman adalah serupa dengan teknik Bass; tetapi ia boleh membantu membersihkan cebisan yang terperangkap antara gigi dengan lebih berkesan. 

Untuk menggunakan kaedah ini, amalkan teknik Bass, tetapi selepas menggetarkan berus di bawah kawasan gusi, gerakkan berus ke arah permukaan gigi yang mengunyah dan gunakan gerakan depan ke belakang yang pendek.

3.Teknik Charter

Sekiranya terdapat ruang di antara gigi anda, permukaan akar terdedah atau anda pernah menjalani surgeri periodontal atau gusi menyusut, doktor gigi anda mungkin menyarankan kaedah Charter, menurut Institut Sains Pergigian Triveni. Teknik ini juga berkesan untuk golongan yang memakai peralatan ortodontik atau gigi palsu separa tetap.

  • Condongkan bulu berus 45 darjah pada garis gusi yang diarahkan ke permukaan mengunyah atau korona gigi. Posisi ini bertentangan dengan teknik Bass dan Stillman.
  • Getarkan berus dengan lembut selama 15 hingga 20 saat, gunakan gerakan bulat yang lembut atau aksi depan ke belakang, kemudian tempatkan semula berus gigi pada kawasan berikutnya.
  • Gunakan pergerakan yang sama di sekeliling mulut, berus setiap permukaan gigi dalam dan luar, dan juga permukaan mengunyah gigi geraham.

Pengubahsuaian

Terdapat beberapa teknik Bass, Stillman dan Charter yang diubah suai. Ikuti teknik asas kaedah terpilih, tetapi selepas memberus satu kawasan, gulingkan atau sapu bulu berus ke arah permukaan mengunyah. Pergerakan ini menyapu cebisan yang terperangkap di antara celah gigi dan membersihkan keseluruhan permukaan gigi.

Gerakan menyapu juga membantu mencegah kerosakan pada sulkus (ruang antara gigi dan gusi).

Alatan Asas

Penggunaan teknik adalah amalan yang lebih baik daripada biasa, tetapi untuk hasil yang lebih berkesan, anda memerlukan alatan yang betul.

Ganti berus gigi anda setiap tiga bulan. Bulu berus yang telah haus dan berkembang tidak dapat membersih dengan baik. Berus gigi yang lama pula mungkin dipenuhi bakteria. Jangan lupakan ubat gigi berfluorida yang dapat menguatkan enamel dan mencegah kerosakan gigi. Dan flos sekali sehari untuk membersihkan kawasan yang tidak dapat dicapai oleh berus gigi.

Pencegahan penyakit pergigian adalah mudah: ia bermula dengan amalan memberus gigi. Jadi, jika anda ingin mencuba salah satu daripada teknik yang dinyatakan, tetapi tidak pasti yang mana satu, dapatkan nasihat doktor gigi anda. Mereka boleh menyesuaikan mana-mana kaedah ini untuk anda, dan menunjukkan caranya supaya anda lebih bersedia memberus gigi dengan lebih berkesan.

This article is intended to promote understanding of and knowledge about general oral health topics. It is not intended to be a substitute for professional advice, diagnosis or treatment. Always seek the advice of your dentist or other qualified healthcare provider with any questions you may have regarding a medical condition or treatment.

Artikel Berkaitan