PEMUTIHAN GIGI
Makanan dan minuman, begitu juga usia yang meningkat akan menjejaskan gigi kita, termasuk menyebabkan perubahan warna gigi.
PEMUTIHAN GIGI
Sama ada sakit berdenyut-denyut atau sensasi tajam dan menikam, rasa sakit adalah kesan sampingan gigi berlubang (kaviti), dan kadang-kalanya kita tidak dapat berjumpa doktor gigi dengan segera.
Apabila anda merasakan gigi anda berdarah, gusi anda ialah punca sebenar masalah tersebut. Beberapa penyebab boleh mengakibatkan gusi anda berdarah, termasuk kesan mengejut apabila anda jatuh atau gigi atau gusi anda terkesan akibat suatu kecederaan. Tetapi jika gusi anda berdarah walaupun anda tidak terhantuk, ini mungkin sesuatu yang merisaukan. Apabila gusi berdarah
Semasa kali pertama anda menyedari gusi anda berdarah, ambil kain lap atau kain kasa dan rendam dalam air sejuk; jika gigi anda sensitif terhadap kesejukan, gunakan air suam. Perah lebihan air dan perlahan-lahan letakkan kain atau kain kasa ke kawasan pendarahan pada gusi anda. Walaupun tekanan langsung boleh menghentikan pendarahan, jangan tekan gigi anda terlalu kuat.
Sekiranya anda mengalami kesakitan serta pendarahan, anda mungkin boleh mendapat kelegaan segera dengan menyapukan sedikit gel kebas oral di sepanjang garis gusi. Elakkan pelega kesakitan seperti aspirin kerana ia boleh mencairkan darah dan menyebabkan pendarahan gusi anda bertambah teruk.
Sekiranya anda tidak mengamalkan flos dengan kerap sebelum ini, gusi anda mungkin akan berdarah di antara gigi anda apabila anda mula melakukan flos. Selain itu, gusi anda mungkin berdarah jika anda melakukan flos dengan terlalu kuat. Berus gigi baharu juga boleh menyebabkan kerengsaan dan pendarahan ringan, terutamanya jika anda memilih berus gigi dengan bulu yang keras.
Sekiranya anda melakukan flos atau memberus terlalu kuat, jangan hentikan amalan ini — flos dan memberus gigi sangat penting untuk penjagaan gigi yang baik. Sebaliknya, bertukar kepada berus gigi bulu lembut dan gosok secara lebih perlahan sementara gusi anda sedang sembuh. Pendarahan sepatutnya akan berhenti dalam beberapa hari.
Penyakit gusi seperti gingivitis dan periodontitis boleh menyebabkan pendarahan di sepanjang garis gusi di sekitar gigi anda. Kedua-dua gingivitis dan periodontitis adalah disebabkan oleh penumpukan plak pada dan di antara gigi. Walaupun pemeriksaan gigi ialah cara yang paling selamat untuk mengenal pasti masalah ini, anda boleh melihat sendiri kemerahan atau pembengkakan di sekitar garis gusi sebagai petunjuk keadaan.
Memberus dan melakukan flos gigi dengan cermat akan membantu anda mengelakkan masalah ini, tetapi jika anda sudah menghadapi masalah gusi sensitif dan berdarah (bukannya gigi berdarah), anda harus membuat janji temu dengan doktor gigi anda secepat mungkin untuk mendapatkan nasihat pakar.
Gusi berdarah adalah tanda awal penyakit gusi. Penggunaan ubat kumur mulut antimikrob bagi gusi berdarah membantu menghentikan keadaan ini. Pelajari dengan lanjut.
Periodontium mengelilingi dan menyokong akar gigi. Penyakit gusi dan penyakit periodontal mempengaruhi kawasan ini dan boleh menyebabkan pendarahan dan kehilangan gigi.
Tindakan berbuih yang pantas memastikan penghantaran ubat gigi yang lebih mendalam^^, memberikan kebersihan yang lebih baik untuk mulut anda.
Perlindungan antibakteria 24 jam^ yang membantu mencegah masalah penjagaan mulut** sebelum ia bermula
Menanggalkan plak untuk menghalang pembentukan tartar
Memberi pengalaman memberus gigi yang segar dan rasa pudina untuk kesihatan mulut menyeluruh.
Lebih ramai pakar gigi di seluruh dunia mempercayai Colgate. Temukan sumber, produk dan maklumat demi masa depan pesakit yang lebih sihat