Cara Mengatasi Gigi Berlubang Dalam Masa Dua Hari

cara menghilangkan sakit gigi - colgate my

Pernahkah anda dengar yang anda boleh memulihkan gigi berlubang dalam masa dua hari? Anda akan menjumpai pelbagai artikel online yang membuat dakwaan seperti "cara mengatasi gigi berlubang dalam masa dua hari"; tetapi, jangan terpedaya. Dakwaan seperti ini tidak benar sama sekali. Walaupun pemulihan gigi berlubang di rumah pasti memudahkan, ianya tidak mungkin. Gigi berlubang hanya boleh dirawat oleh seorang doktor gigi.<

Bagaimana Gigi Berlubang Terjadi

Filem bakteria melekit yang dipanggil plak, sentiasa terbentuk pada gigi anda. Bakteria ini menghadam gula dari makanan dan minuman anda dan menghasilkan asid. Asid ini menguraikan enamel gigi (lapisan luar gigi) secara perlahan, dan lama kelamaan, pereputan boleh berlaku di dalam enamel. Lubang-lubang yang terbentuk pada enamel dipanggil kaviti atau gigi berlubang.

Bolehkah Anda Mengatasi Gigi Berlubang dalam Masa Dua Hari?

Gigi anda berdenyut-denyut dan anda mengesyaki gigi berlubang sebagai punca sakit ini.

Kajian pergigian selama puluhan tahun membuktikan bahawa gigi berlubang tidak dapat dipulihkan secara semula jadi. Mengapa tidak?

Gigi berlubang tidak boleh dipulihkan dalam masa dua hari kerana enamel gigi tidak dapat membaiki sendiri. Persatuan Pergigian Amerika menyatakan bahawa oleh kerana enamel tidak mengandungi sel hidup, ia tidak dapat memulihkan pereputan atau kehausan begitu sahaja. Jadi, walaupun anda cuba sedaya upaya untuk membersihkan pereputan ini dari gigi anda, kawasan ini perlu dirawat oleh seorang doktor gigi. Sekiranya kaviti mencapai enamel, pereputan boleh mendalami struktur gigi ke dalam dentin dan lebih teruk lagi, ia boleh menjejaskan pulpa gigi. 

Kebanyakan anggota badan boleh pulih sendiri. Contohnya, luka akan pulih pada akhirnya. Malangnya, ini tidak benar untuk enamel gigi. Jika anda mempunyai gigi berlubang, terdapat hanya satu cara untuk mengatasinya dalam masa dua hari iaitu segera berjumpa doktor gigi. Untuk membaiki gigi berlubang, doktor gigi akan menjalankan prosedur tampalan yang ringkas. Pertama sekali, doktor gigi akan mengeluarkan bahagian gigi yang telah reput. Kemudian membersihkan bahagian tersebut dan membuat tampalan di bekas lokasi lubang pada gigi itu.

Risiko Gigi BerluaYang Tidak Dirawat

Oleh kerana gigi berlubang tidak dapat pulih sendiri, ia akan bertambah teruk sehingga mendapat rawatan pakar pergigian. Apabila pereptuan gigi menjadi semakin teruk, anda mungkin mengalami sakit gigi dan kesakitan atau kepekaan yang lebih tinggi. Jadi, untuk keselesaan anda, jumpa doktor gigi secepat mungkin.

Menangguhkan rawatan pergigian boleh membawa risiko kesihatan. Jangkitan serius iaitu gigi bernanah boleh terjadi jika bakteria mencapai pulpa gigi. Tahap kesakitan gigi bernanah mampu membuat anda terjaga sepanjang malam dan menyebabkan sakit dan bengkak pada muka, dan demam.

Gigi bernanah perlu dirawat dengan segera kerana jangkitan boleh tersebar kepada rahang atau bahagian badan yang lain.

Gigi berlubang yang tidak dirawat juga boleh menyebabkan perbelanjaan besar. Apabila gigi berlubang dirawat pada awalnya, tampalan mungkin satu-satunya penyelesaian yang diperlukan untuk membaikinya. Sekiranya rawatan ditangguhkan dan kaviti tersebut semakin besar, rawatan yang lebih mahal seperti rawatan salur akar (root canal), penggantian korona atau pencabutan gigi mungkin perlu dilakukan.

Bagaimana Untuk Mencegah Gigi Berlubang

Memandangkan bakteria yang menyebabkan gigi berlubang menghadam gula, pantau jenis makanan yang diambil untuk membantu mencegah kaviti. Cuba kurangkan minuman dan snek bergula seperti minuman bergas dan gula-gula. Sebaliknya, lebihkan air kosong dan snek yang sihat seperti sayuran.

Pengamalan rutin penjagaan mulut yang baik ialah cara yang terbaik untuk mengurangkan risiko gigi berlubang. Jangan lupa memberus gigi anda dua kali sehari dengan ubat gigi berflourida, dan flos sekali sehari.

Akhirnya, jadualkan pemeriksaan gigi dengan kerap. Semasa lawatan ini, gigi anda akan dibersihkan dengan teliti untuk menanggalkan plak dan tartar, serta digilap untuk menanggalkan sebarang kesan pada permukaan gigi. Sekiranya kaviti dikesan, ia boleh dirawat sebelum menjadi lebih teruk.

Walaupun gigi berlubang tidak dapat dipulihkan sendiri di rumah, ia boleh dirawat oleh seorang pakar pergigian. Jika anda khuatir anda mempunyai gigi berlubang, jadualkan lawatan ke doktor gigi dengan segera.

This article is intended to promote understanding of and knowledge about general oral health topics. It is not intended to be a substitute for professional advice, diagnosis or treatment. Always seek the advice of your dentist or other qualified healthcare provider with any questions you may have regarding a medical condition or treatment.

Artikel Berkaitan