ulat gigi dan kaviti gigi - colgate malaysia

Adakah Cacing Gigi Benar-Benar Wujud?

Pepatah mengatakan ‘burung yang awal akan mendapat cacing.’ Bagaimana dengan gigi anda? Atau lebih tepat lagi, sakit gigi anda? Sesetengah orang mengangap "cacing gigi" sebenarnya memakan gigi anda dari dalam dan menyebabkan sakit gigi. Walaupun tubul dentin dalam pulpa berpenyakit mungkin kelihatan sama seperti cacing, hakikatnya tiada makhluk invertebrata penggali dan berlendir yang menyebabkan sakit gigi.

Apakah Tubul Dentin

Jika anda melihat tiub berongga yang berpenyakit di dalam dentin gigi menggunakan mikroskop, tiub itu kelihatan 'seperti cacing'. Tugas tubul dentin sebenarnya sangat penting kerana ia mengalirkan kepekaan terhadap haba atau sejuk dari permukaan gigi ke saraf. Walau bagaimanapun, mungkin terdapat sedikit kesakitan dan ketidakselesaan apabila tubulus itu terdedah. Betul, tubul kelihatan seperti cacing apabila dilihat melalui mikroskop. Tetapi tidak, tubul bukan cacing.

Penyebab Sebenar Penyakit Gigi

Jika bukan cacing yang berada dalam gigi dan gusi anda, maka apakah yang menyebabkan anda sakit gigi? Selalunya, dalang di sebalik sakit gigi adalah bakteria dalam plak yang menyebabkan kereputan gigi. Plak terbentuk apabila terdapat penumpukan bakteria pada gigi. Hal ini boleh membawa kepada kaviti dan penyakit gusi seperti gingivitis. Penyakit gusi dan periodontitis kronik menjejaskan hampir 94% rakyat Malaysia, menurut KKM.

Cara Merawat Karies Gigi

Walaupun tiada cacing bayangan yang menyebabkan sakit gigi atau kaviti anda, namun terdapat beberapa pilihan rawatan untuk membantu memulihkan gigi anda. Doktor gigi anda boleh:

  • Membersihkan dan menampal gigi dengan pemulihan
  • Mengelakkan pulpa gigi daripada mati selepas terdedah menggunakan penutup pulpa
  • Melakukan rawatan saluran akar jika saraf telah terjejas

Jika gigi anda reput teruk, doktor gigi anda berkemungkinan besar mencabut gigi tersebut dan menggantikannya dengan implan atau jambatan. Mudah-mudahan, masalah tidak sampai ke situ.

Cara Anda Mengekalkan Mulut yang Sihat

Walaupun anda tidak perlu khuatir tentang cacing, anda perlu berusaha memastikan mulut anda sihat dan bersih. Bagaimana? Terdapat beberapa cara mudah. Anda harus:

  • Memberus gigi dua kali sehari
  • Memflos setiap hari
  • Membilas dengan ubat kumur antibakteria
  • Jumpa doktor gigi anda setiap enam bulan untuk pemeriksaan
  • Pastikan gigi anda yang rosak diperiksa dan dirawat secepat mungkin

Kita telah melangkah jauh dengan bantuan sains dan perubatan pergigian moden. Jadi amalkan kebersihan mulut yang baik dan biarkan cacing dimakan oleh burung.

Artikel ini bertujuan meningkatkan pemahaman dan pengetahuan mengenai topik berkaitan kesihatan mulut secara umum. Ia tidak bertujuan menggantikan nasihat, diagnosis atau rawatan profesional. Dapatkan nasihat daripada doktor gigi atau penyedia penjagaan kesihatan lain yang berkelayakan sekiranya anda mempunyai pertanyaan berkaitan keadaan atau rawatan perubatan.