Ubat gigi pemutih - colgate my
Badge field

Ubat Gigi Pemutih 101: Asas Pemutihan Gigi

Published date field Terakhir dikemaskini:

Walaupun anda menjaga kebersihan mulut dengan sempurna, anda masih boleh mendapat gigi kuning. Usia anda, makanan dan tabiat hidup anda boleh menyumbang kepada kesan yang ditinggalkan pada gigi dan malangnya, gigi kuning tidak manis dipandang. Mujurnya, dengan adanya ubat gigi pemutih, anda tidak semestinya berjumpa doktor gigi untuk memutihkan senyuman anda. Namun, sebelum anda membeli ubat gigi yang menjanjikan pemutihan gigi, pastikan anda memahami bagaimana dan mengapa produk tersebut berfungsi supaya anda boleh memilih produk yang betul.

Bagaimana Ia Berfungsi?

Walaupun terdapat banyak pilihan yang boleh didapati di farmasi, tidak semua ubat gigi pemutih dihasilkan sama. Bahan aktif yang terkandung di dalamnya menjadi perbezaan sebenar keberkesanan produk pemutih. Biasanya, ubat gigi mengandungi satu daripada tiga bahan pemutih.

  • Pelelas lembut. Menurut American Dental Association (ADA), ubat gigi tertentu mengandungi pelelas lembut yang mengandungi bahan-bahan seperti magnesium karbonat, aluminium oksida terhidrat dan kalsium karbonat. Pelelas boleh menanggalkan kesan kotoran pada permukaan yang mungkin menyebabkan kekuningan, dan mendedahkan senyuman yang putih berseri.
  • Hidrogen peroksida. Versi dos rendah hidrogen peroksida dikenali untuk kesan pemutihannya pada gigi dan merupakan bahan aktif dalam kebanyakan sistem pemutihan yang digunakan di klinik gigi. Walaupun kepekatan dalam ubat gigi pemutih adalah kurang daripada produk sekali guna, hidrogen peroksida boleh mendatangkan hasil yang baik (dan selamat digunakan) dalam jangka masa yang lebih lama. ADA juga memaklumkan bahawa agen peluntur, misalnya hidrogen peroksida, boleh menyebabkan kesensitifan tetapi masih selamat dan diluluskan untuk kegunaan biasa.
  • Carbamid peroksida. Carbamid peroksida pada dasarnya ialah agen pemutih yang akan terurai menjadi hidrogen peroksida. Menurutkan kajian yang diterbitkan pada September 2000 oleh Journal of the American Dental Association, manfaat utama carbamid peroksida ialah ia menampakkan hasil yang lebih cepat berbanding hidrogen peroksida dalam 14 hari yang pertama kajian tersebut. Walaupun demikian, hasil antara carbamid dan hidrogen peroksida boleh dibandingkan 12 minggu selepas digunakan.

Bolehkah Saya Menggunakan Produk Pemutih Setiap Hari?

Selagi produk pemutih dinyatakan untuk penggunaan harian, anda boleh menggunakannya pada setiap hari. Sesetengah orang mungkin mengalami kesensitifan semasa menggunakan produk yang mengandungi hidrogen peroksida. Anda boleh mengurangkan kesensitifan ini dengan menggunakan ubat gigi pemutih dan ubat gigi biasa atau sensitif secara berselang seli setiap hari.

Berapa Lama Diperlukan Untuk Memutihkan Gigi?

Tempoh yang diambil untuk sesuatu produk pemutih berkesan amat bergantung pada bahan-bahan dan tujuan ubat gigi tersebut. Contohnya, jika anda menggunakan ubat gigi yang mengandungi hidrogen peroksida, anda akan dapat melihat hasilnya lebih cepat berbandingan ubat gigi pemutih yang hanya mengandungi penanggal kesan kotoran permukaan.

Keinginan untuk memutihkan senyuman anda sambil memberus gigi setiap hari adalah sesuatu yang masuk akal. Anda sememangnya akan memberus gigi, jadi baik turut memutihkan gigi juga. Dengan memahami bagaimana ubat gigi berlainan berfungsi, anda akan mempunyai kawalan yang lebih baik tentang jenis bahan yang anda gunakan dan seberapa cepat anda dapat memperolehi senyuman yang sempurna.

Artikel ini bertujuan meningkatkan pemahaman dan pengetahuan mengenai topik berkaitan kesihatan mulut secara umum. Ia tidak bertujuan menggantikan nasihat, diagnosis atau rawatan profesional. Dapatkan nasihat daripada doktor gigi atau penyedia penjagaan kesihatan lain yang berkelayakan sekiranya anda mempunyai pertanyaan berkaitan keadaan atau rawatan perubatan.