Kunci untuk mencegah dan mengawal penyakit gusi ialah memberus sekeliling dan di bawah garis gusi di mana terdapat pengumpulan bakteria dan plak. Seperti yang dikongsikan oleh MedChrome, dengan kaedah Brass, bulu berus mencapai bahagian bawah gusi untuk menggosok plak sebelum ia mengeras kepada tartar dan menyebabkan penyakit gusi:
Kaedah Stillman adalah serupa dengan teknik Bass; tetapi ia boleh membantu membersihkan cebisan yang terperangkap antara gigi dengan lebih berkesan.
Untuk menggunakan kaedah ini, amalkan teknik Bass, tetapi selepas menggetarkan berus di bawah kawasan gusi, gerakkan berus ke arah permukaan gigi yang mengunyah dan gunakan gerakan depan ke belakang yang pendek.
Sekiranya terdapat ruang di antara gigi anda, permukaan akar terdedah atau anda pernah menjalani surgeri periodontal atau gusi menyusut, doktor gigi anda mungkin menyarankan kaedah Charter, menurut Institut Sains Pergigian Triveni. Teknik ini juga berkesan untuk golongan yang memakai peralatan ortodontik atau gigi palsu separa tetap.
Terdapat beberapa teknik Bass, Stillman dan Charter yang diubah suai. Ikuti teknik asas kaedah terpilih, tetapi selepas memberus satu kawasan, gulingkan atau sapu bulu berus ke arah permukaan mengunyah. Pergerakan ini menyapu cebisan yang terperangkap di antara celah gigi dan membersihkan keseluruhan permukaan gigi.
Gerakan menyapu juga membantu mencegah kerosakan pada sulkus (ruang antara gigi dan gusi).
Penggunaan teknik adalah amalan yang lebih baik daripada biasa, tetapi untuk hasil yang lebih berkesan, anda memerlukan alatan yang betul.
Ganti berus gigi anda setiap tiga bulan. Bulu berus yang telah haus dan berkembang tidak dapat membersih dengan baik. Berus gigi yang lama pula mungkin dipenuhi bakteria. Jangan lupakan ubat gigi berfluorida yang dapat menguatkan enamel dan mencegah kerosakan gigi. Dan flos sekali sehari untuk membersihkan kawasan yang tidak dapat dicapai oleh berus gigi.
Pencegahan penyakit pergigian adalah mudah: ia bermula dengan amalan memberus gigi. Jadi, jika anda ingin mencuba salah satu daripada teknik yang dinyatakan, tetapi tidak pasti yang mana satu, dapatkan nasihat doktor gigi anda. Mereka boleh menyesuaikan mana-mana kaedah ini untuk anda, dan menunjukkan caranya supaya anda lebih bersedia memberus gigi dengan lebih berkesan.
Artikel ini bertujuan meningkatkan pemahaman dan pengetahuan mengenai topik berkaitan kesihatan mulut secara umum. Ia tidak bertujuan menggantikan nasihat, diagnosis atau rawatan profesional. Dapatkan nasihat daripada doktor gigi atau penyedia penjagaan kesihatan lain yang berkelayakan sekiranya anda mempunyai pertanyaan berkaitan keadaan atau rawatan perubatan.