PEMUTIHAN GIGI
Makanan dan minuman, begitu juga usia yang meningkat akan menjejaskan gigi kita, termasuk menyebabkan perubahan warna gigi.
PEMUTIHAN GIGI
Sama ada sakit berdenyut-denyut atau sensasi tajam dan menikam, rasa sakit adalah kesan sampingan gigi berlubang (kaviti), dan kadang-kalanya kita tidak dapat berjumpa doktor gigi dengan segera.
Kebanyakan masa, mulut anda dipenuhi dengan bakteria. Kuman suka tempat yang gelap dan lembap dengan banyak karbohidrat dan gula untuk dimakan, dan mulut anda menyediakan persekitaran yang sempurna untuk ia membiak. Malangnya, hasil semua aktiviti bakteria ini boleh mengakibatkan penyakit gusi. Gusi berdarah adalah tanda awal penyakit gusi. Penggunaan ubat kumur mulut antimikrob bagi gusi berdarah boleh membantu menghentikan keadaan ini.
Hubungan antara bakteria dan penyakit gusi adalah sangat ringkas. Akademi Periodontologi Amerika memerihalkan penyakit (gusi) periodontal berlaku apabila radang semula jadi badan anda bertindak balas kepada bakteria berbahaya dalam mulut anda. Walaupun kemerahan, bengkak, pendarahan dan nafas berbau merupakan tanda-tanda awal keradangan gusi, peringkat pertama penyakit gusi ini - dipanggil gingivitis - boleh dibalikkan. Tetapi ia memerlukan usaha diri dan juga pengamalan penggunaan ubat kumur mulut antimikrob yang boleh memberikan kelebihan baik.
Ubat kumur mulut antimikrob bukan sahaja boleh membalikkan gingivitis, tetapi ubat kumur mulut yang mengurangkan dan menyingkirkan bakteria dalam mulut anda juga boleh mencegah gusi yang radang dan berdarah, menurut laman web Sihat Mulut Persatuan Pergigian Amerika (ADA). Ubat kumur mulut boleh memberikan perlindungan terhadap bakteria yang menyebabkan pembentukan plak dan gingivitis.
Doktor gigi sering menyarankan penggunaan kumuran antimikrob dengan kekuatan preskripsi untuk pesakit yang sedang menjalani rawatan untuk penyakit gusi. Terdapat kumuran preskripsi terapeutik yang digunakan untuk merawat gingivitis. Kandungan utamanya, kloroheksidin glukonat, membunuh banyak jenis bakteria yang boleh menyebabkan pendarahan, keradangan dan pembentukan plak selepas beberapa lama. Institut Penyelidikan Pergigian dan Kraniofasial Kebangsaan juga mengesahkan yang kumuran antimikrob preskripsi digunakan untuk mengawal bakteria selepas pembedahan gusi.
Jika gusi anda berdarah dan anda mengalami tanda-tanda awal lain penyakit gusi, menggunakan kumuran bagi gusi berdarah boleh membantu memperbaiki keadaan. Tetapi seperti mana-mana doktor gigi lain akan beritahu anda, terdapat banyak perkara boleh dilakukan jika anda mahu melindungi mulut anda kerap daripada bakteria berbahaya. Dan kini adalah peluang yang sempurna untuk menyemak asas kebersihan mulut anda:
Jika anda menjawab "tidak" kepada mana-mana soalan kebersihan mulut yang terperinci ini, bakteria di dalam mulut mungkin menyebabkan kemerosotan gusi anda. Perkara asas bagi mengawal bakteria dan memastikan kesihatan gusi anda adalah terpulang kepada anda; teruskan memantau tanda-tanda jangkitan supaya anda boleh mengawalnya dengan baik.
Ketahui tentang penyebab gigi berdarah, cara menghilangkan ketidakselesaan dan kaedah untuk menghentikan pendarahan.
Walaupun sedikit darah tidak kelihatan seperti masalah besar, gusi yang berdarah tidak seharusnya diabaikan. Inilah yang harus dilakukan.
Garis rambut bukanlah satu-satunya bahagian badan yang menyusut; gusi anda juga boleh. Ketahui cara menghentikan penyusutan gusi sebelum menjadi masalah besar.
Lebih ramai pakar gigi di seluruh dunia mempercayai Colgate. Temukan sumber, produk dan maklumat demi masa depan pesakit yang lebih sihat