PEMUTIHAN GIGI
Makanan dan minuman, begitu juga usia yang meningkat akan menjejaskan gigi kita, termasuk menyebabkan perubahan warna gigi.
PEMUTIHAN GIGI
Sama ada sakit berdenyut-denyut atau sensasi tajam dan menikam, rasa sakit adalah kesan sampingan gigi berlubang (kaviti), dan kadang-kalanya kita tidak dapat berjumpa doktor gigi dengan segera.
Semasa anda menjalani pemeriksaan berkala dan doktor gigi atau juruhigin pergigian memeriksa gigi anda, dia tidak hanya mencari kaviti. Dia juga mencari sesuatu yang tidak normal di mana-mana sahaja di dalam mulut, termasuk tanda-tanda barah mulut yang mungkin memerlukan siasatan atau ujian lanjut. Kanser mulut merangkumi barah di semua bahagian mulut, serta barah tekak dan esofagus. Walaupun terdapat beberapa tanda barah mulut yang kelihatan di bahagian luar, ada juga gejala yang tidak ketara yang harus anda awasi dan maklumkan kepada doktor gigi anda.
Satu daripada tanda lazim barah mulut ialah perubahan warna dan luka di tekak, gusi, lidah dan kawasan mulut yang lain. Lidah yang berubah warna sedikit bergantung pada makanan yang anda makan (bayangkan ketika anda minum slushee biru) ialah perkara biasa, tetapi perubahan warna berterusan yang tidak dapat dikaitkan dengan perkara lain harus diberitahu kepada doktor anda. Luka yang mudah berdarah dan tampaknya tidak sembuh dalam tempoh yang normal juga harus diberikan perhatian. Tompok putih atau merah di dalam mulut boleh menjadi tanda barah mulut, tetapi penting juga untuk memeriksa sebab-sebab lain. Sebagai contoh, lapisan putih pada lidah yang tidak hilang mungkin menunjukkan seriawan, yang mudah dirawat dengan ubat antifungus daripada doktor anda. Perhatikan juga kerengsaan, benjolan atau tompok kebas yang tidak normal pada mulut dan lidah.
Gejala barah mulut yang lain yang kurang ketara termasuklah sentiasa terasa sesuatu di bahagian belakang tekak anda. Sakit tekak yang berterusan atau suara serak tanpa tanda-tanda penyakit lain atau masalah mengunyah atau menelan juga harus diperiksa. Sekiranya anda menghadapi masalah bernafas atau mendapati anda langsung tidak dapat menelan, dapatkan rawatan perubatan.
Beberapa tanda barah mulut ini mungkin mempunyai sebab lain yang kurang dramatik, jadi penting untuk sentiasa melaporkan gejala yang luar biasa kepada doktor gigi anda. Semakin awal sebarang kemungkinan kanser mulut dikesan, semakin tinggi kadar kelangsungan hidup. Walaupun doktor gigi anda akan melakukan pemeriksaan rutin semasa pemeriksaan berkala anda dan mungkin juga memeriksa barah mulut menggunakan peralatan diagnostik khas, pastikan untuk melaporkan perkembangan baharu atau luar biasa di antara setiap pemeriksaan menerusi panggilan telefon atau lawatan.
Artikel ini bertujuan meningkatkan pemahaman dan pengetahuan mengenai topik berkaitan kesihatan mulut secara umum. Ia tidak bertujuan menggantikan nasihat, diagnosis atau rawatan profesional. Dapatkan nasihat daripada doktor gigi atau penyedia penjagaan kesihatan lain yang berkelayakan sekiranya anda mempunyai pertanyaan berkaitan keadaan atau rawatan perubatan.
Colgate® menawarkan artikel tentang kebimbangan lazim berhubung penjagaan mulut dan gigi, termasuk kaviti, karies gigi, pengumpulan plak & tartar, penyakit gusi, luka kanker, luka sejuk, nafas berbau dan banyak lagi.
Menentukan cara merawat mulut kering biasanya bergantung pada punca utama. Terdapat beberapa punca dan pelbagai kaedah rawatan. Ketahui lebih lanjut bersama Colgate.
Dapatkan maklumat tentang penyebab mulut kering, ketahui bagaimana ia dirawat dan cara untuk mengetahui jika anda mempunyai mulut kering di Colgate.com.my. Dengan maklumat kesihatan dan petua penjagaan mulut, anda boleh mencapai kesihatan gigi yang lebih baik, tidak kira usia.
Dirumus khas dengan 100% ekstrak semula jadi Kayu Sugi untuk menggabungkan kepakaran sains Colgate® dan kebaikan alam semula jadi
Dirumus khas dengan 100% ekstrak semula jadi Kayu Sugi untuk menggabungkan kepakaran sains Colgate® dan kebaikan alam semula jadi
Dapatkan gigi lebih putih dalam 14 hari!
Bulu berus bersilang berbilang sudut direka khas agar mencapai jauh ke celah gigi untuk pembersihan yang berkesan
Lebih ramai pakar gigi di seluruh dunia mempercayai Colgate. Temukan sumber, produk dan maklumat demi masa depan pesakit yang lebih sihat