PEMUTIHAN GIGI
Makanan dan minuman, begitu juga usia yang meningkat akan menjejaskan gigi kita, termasuk menyebabkan perubahan warna gigi.
PEMUTIHAN GIGI
Sama ada sakit berdenyut-denyut atau sensasi tajam dan menikam, rasa sakit adalah kesan sampingan gigi berlubang (kaviti), dan kadang-kalanya kita tidak dapat berjumpa doktor gigi dengan segera.
Seperti yang kita tahu, air liur membantu memastikan mulut sentiasa lembap. Rembesan air liur meningkat apabila kita makan, membolehkan kita mengunyah dan menelan makanan. Ia juga mempunyai kesan perlindungan dengan meneutralkan asid apabila kita makan karbohidrat yang menurunkan pH mulut dan membersihkan makanan dalam mulut selepas makan.
Apabila kita menggabungkan rembesan air liur dengan mengunyah gula-gula getah tanpa gula, ia mewujudkan peluang baharu untuk merangsang lebih banyak rembesan air liur untuk meneutralkan asid daripada makanan yang dimakan. (1, 2)
Apakah makna proses ini kepada anda? Ia bermakna anda boleh mengurangkan pereputan gigi dengan mengehadkan asid yang bersentuhan gigi anda. Selepas makan, pH plak gigi anda menjadi berasid untuk satu tempoh masa, melemahkan gigi dan menjadikannya mudah reput.
Kajian gula-gula getah tanpa gula ke atas sekumpulan kanak-kanak dari gred tiga hingga gred lima di Eropah telah dijalankan selama dua tahun. Bersama-sama penggunaan air tanpa fluorida dan ubat gigi fluorida biasa, keputusan yang diperoleh selepas satu tahun menunjukkan bahawa 41.7 peratus kanak-kanak yang mengunyah gula-gula getah sorbitol tanpa gula kurang mempunyai karies gigi berbanding kumpulan kanak-kanak yang tidak mengunyah gula-gula getah sorbitol. (3) Kajian tersebut juga menunjukkan bahawa mengunyah tiga keping gula-gula getah tanpa gula setiap hari tidak sukar untuk diamalkan.
Pencegahan adalah mudah. Dapatkan nasihat profesional pergigian anda tentang pilihan bijak yang boleh dilakukan untuk membantu memperbaiki kesihatan mulut anda dengan penggunaan gula-gula getah tanpa gula.
1 Park KK, Schemehorn BR, Stookey GK. Effect of time and duration of sorbitor gum chewing on plaque acidogenicity. Pediatr Dent. 1993; 15(3):197-202.
2 Koparal E, Ertugrul F, Sabah E. Effect of chewing gum on plaque acidogenicity. J Clin Pediatr Dent. 2000; 24(2): 129-32.
3 Szoke J, Banoczy J, Proskin HM. Effect of after-meal sucrose-free gum chewing on clinical caries. J Dent Res 80(8): 1725-29, 2001.
© 2010 Colgate-Palmolive Company
11/15/2010
Artikel ini bertujuan meningkatkan pemahaman dan pengetahuan mengenai topik berkaitan kesihatan mulut secara umum. Ia tidak bertujuan menggantikan nasihat, diagnosis atau rawatan profesional. Dapatkan nasihat daripada doktor gigi atau penyedia penjagaan kesihatan lain yang berkelayakan sekiranya anda mempunyai pertanyaan berkaitan keadaan atau rawatan perubatan.
Berikut ialah beberapa petua untuk membantu mencegah kaviti bagi mereka yang suka makan makanan manis
Cari teks dan ilustrasi untuk membantu anda mengetahui punca pereputan gigi supaya anda boleh menikmati senyuman yang sihat dan cantik.
Pada suatu masa dahulu, pesakit gigi percaya sakit gigi disebabkan oleh cacing gigi yang memakan gigi mereka dari dalam ke luar. Adakah cacing gigi benar-benar wujud?
Ubat gigi anti-kaviti No.1 untuk keluarga anda dengan Dwi-Fluorida** dan Kalsium. Terbukti secara klinikal
Ubat gigi anti-kaviti No.1 untuk keluarga anda dengan Dwi-Fluorida** dan Kalsium. Terbukti secara klinikal
Perlindungan kaviti 2-dalam-1: Meneutralkan asid gula dan menguatkan enamel untuk senyuman yang lebih sihat
Ubat gigi anti-kaviti No.1 untuk keluarga anda dengan Dwi-Fluorida** dan Kalsium. Terbukti secara klinikal
Lebih ramai pakar gigi di seluruh dunia mempercayai Colgate. Temukan sumber, produk dan maklumat demi masa depan pesakit yang lebih sihat