Kesakitan atau kepekaan pada gigi yang dirawat selepas tampalan ialah perkara yang agak biasa berlaku. Lagipun, doktor gigi hanya mencucuk-cucuk dan menggerudi gigi. Biasanya, sebarang ketidakselesaan akan hilang selepas satu atau dua hari. Jadi, mengapakah sesetengah orang mengalami sakit gigi selepas tampalan? Terdapat banyak sebab anda mungkin berasa sedikit sakit atau kepekaan selepas doktor gigi menampal gigi anda melebihi ketidakselesaan yang biasa.
Maloklusi
Satu sebab lazim sakit pada gigi selepas anda mendapat tampalan ialah tampalan tidak diletakkan dengan betul, dan ia mengganggu gigitan anda. Tampalan yang terlalu tebal boleh menyebabkan; maloklusi, yang menghalang gigi daripada bercantum dengan betul apabila anda menggigit makanan. Doktor gigi anda boleh melaraskan ketebalan tampalan supaya anda boleh menggigit dengan selesa dan mudah.
Jenis Tampalan
Jenis tampalan yang digunakan oleh doktor gigi anda juga boleh menyebabkan kepekaan atau ketidakselesaan pada gigi. Sebagai contoh, kepekaan agak lazim berlaku apabila bahan; resin komposit;digunakan dalam tampalan dan mungkin disebabkan oleh tampalan yang mengecut sedikit dan mewujudkan jurang di bawah tampalan. Terdapat banyak cara untuk mengatasi atau menghapuskan kepekaan akibat tampalan komposit, iaitu menggunakan bahan yang berbeza atau mengubah kaedah yang digunakan untuk meletakkan tampalan.