PEMUTIHAN GIGI
Makanan dan minuman, begitu juga usia yang meningkat akan menjejaskan gigi kita, termasuk menyebabkan perubahan warna gigi.
PEMUTIHAN GIGI
Sama ada sakit berdenyut-denyut atau sensasi tajam dan menikam, rasa sakit adalah kesan sampingan gigi berlubang (kaviti), dan kadang-kalanya kita tidak dapat berjumpa doktor gigi dengan segera.
Apabila bercakap tentang senyuman, gigi sering mendapat pujian. Sebenarnya, gusi biasanya tidak mendapat perhatian melainkan anda menumpukan perhatian kepadanya semasa mengamalkan kebersihan mulut yang baik atau terdapat masalah dengan gusi. Dan selalunya, "masalah" itu ialah gingivitis. Gingivitis ialah jangkitan bakteria yang boleh menyebabkan keradangan dan pendarahan pada gusi anda, dan mungkin lebih lazim daripada yang anda sedari. Sekiranya anda fikir anda menghidap gingivitis, kami akan memberitahu anda mengenai tanda, gejala dan rawatan penyakit ini supaya tidak melarat. Kami juga akan memberi anda beberapa petua pencegahan supaya akhirnya anda dapat menumpukan masalah ini yang sangat penting untuk mengukir senyuman yang manis dan sihat.
Jika gusi anda bengkak, meradang atau lembut semasa memberus, anda mungkin menghidap gingivitis – bentuk penyakit gusi ringan yang disebabkan oleh bakteria yang terkumpul di sekitar garis gusi anda dan berubah menjadi plak (filem lembut, melekit, tidak berwarna).
Menurut Journal of Dental Research, hampir separuh daripada orang dewasa berumur lebih 30 tahun di AS (secara tepat 47.1 peratus) mengalami beberapa bentuk penyakit gusi. Jika tidak dirawat, gingivitis boleh berkembang menjadi periodontitis. Bentuk penyakit gusi yang lebih teruk ini boleh menyebabkan gigi anda longgar atau tercabut.
Tetapi jangan risau, kami dapat membantu anda untuk mengelakkan itu daripada berlaku. Penyakit gusi boleh dipulihkan. Malah, periodontitis dapat dirawat dengan pembersihan mendalam (dan dalam sesetengah kes, pembedahan).
Adakah anda pasti yang anda tidak menghidap gingivitis, tetapi anda sudah lama tidak berjumpa doktor gigi? Anda mungkin betul mengenai kesihatan gusi anda, tetapi anda juga mungkin menghidap gingivitis dan tidak menunjukkan gejala sama sekali.
Itulah salah satu sebab pemeriksaan berkala sangat penting, jadi anda dapat mengesan penyakit gusi sebelum anda merasai kesannya. Beberapa gejala yang perlu diperhatikan apabila ia muncul ialah:
Jika anda perasan sebarang ketakaturan atau kepekaan dalam kesihatan gusi anda, jangan tunggu sehingga pemeriksaan seterusnya – buat janji temu dengan pakar gigi dengan segera.
Jika anda mengamalkan kebersihan mulut yang baik, anda sudah pun menangani penyebab gingivitis yang paling lazim (kebersihan mulut yang buruk – ini tidak mengejutkan). Dengan menjaga kesihatan mulut, anda telah menuju ke arah gusi yang sihat dan bebas penyakit.
Tetapi ada kebimbangan lain yang juga harus anda ketahui. Merokok ialah faktor risiko yang utama untuk penyakit gusi. Malah, menurut Journal of Dental Research, perokok dua kali ganda lebih cenderung menghidap penyakit gusi berbanding bukan perokok.
Terdapat pelbagai faktor lain yang boleh meningkatkan kemungkinan anda mendapat penyakit gusi:
Penyakit lain sedang dinilai untuk kemungkinan hubungannya dengan penyakit gusi, termasuk barah pankreas, penyakit paru-paru dan rheumatoid arthritis.
Seperti yang kami sebutkan sebelum ini, mengamalkan kebersihan mulut yang baik merupakan cara terbaik untuk mencegah gingivitis. Beberapa petua penjagaan:
Dan pastikan berjumpa dengan pakar gigi anda untuk janji temu secara berkala - bukan sahaja untuk memastikan gigi anda tetap putih tetapi juga untuk memeriksa kesihatan gusi anda. Anda dan pakar gigi anda boleh membincangkan pilihan terbaik yang disesuaikan mengikut keperluan anda. Malah, anda boleh menarik nafas lega tatkala membayangkan masa depan kesihatan mulut yang akan membuat anda tersenyum.
Pernahkah anda melihat warna merah jambu pada berus gigi anda selepas memberus? Ini mungkin membuat anda tertanya-tanya sama ada anda menghidap penyakit gusi. Jadi, apakah itu penyakit gusi?
Periodontik ialah cabang bidang pergigian yang menumpukan pencegahan dan rawatan penyakit gusi. Ketahui lebih lanjut tentang periodontik dan perkara yang dilakukan oleh pakar periodontik.
Pernahkah anda mengalami gusi lembut atau berdarah? Ketahui punca, rawatan dan langkah untuk mencegah penyakit gusi dengan artikel daripada Colgate ini.
Lebih ramai pakar gigi di seluruh dunia mempercayai Colgate. Temukan sumber, produk dan maklumat demi masa depan pesakit yang lebih sihat