PEMUTIHAN GIGI
Makanan dan minuman, begitu juga usia yang meningkat akan menjejaskan gigi kita, termasuk menyebabkan perubahan warna gigi.
PEMUTIHAN GIGI
Sama ada sakit berdenyut-denyut atau sensasi tajam dan menikam, rasa sakit adalah kesan sampingan gigi berlubang (kaviti), dan kadang-kalanya kita tidak dapat berjumpa doktor gigi dengan segera.
Biskut, kek, gula-gula dan minuman soda – ke mana-mana sahaja anda pergi, terdapat makanan manis yang menggoda anda dan anak-anak anda. Kesan gula kepada gigi mungkin tidak ketara dengan serta-merta, namun begitu, pengambilan terlalu banyak gula boleh menyebabkan pereputan gigi jika tidak terkawal. Berikut ialah cara gula boleh membahayakan kesihatan gigi keluarga anda dan tindakan yang boleh anda lakukan untuk mencegahnya.
Apabila anda makan atau minum makanan bergula– diperhalus, diproses atau dalam bentuk karbohidrat – anda membekalkan makanan kepada bakteria di dalam mulut. Bakteria ini mencerna makanan khususnya gula dan menghasilkan asid yang boleh melarutkan enamel gigi secara perlahan-lahan dan menyebabkan pereputan gigi. Menurut National Institute of Dental and Craniofacial Research (NIDCR), asid ini menyebabkan kerosakan paling besar pada gigi anda selama 20 minit selepas makan; keadaan ini dikenali sebagai "serangan asid." Jadi, semakin banyak makanan bergula yang anda makan sepanjang hari, gigi anda akan lebih terdedah kepada asid yang menyebabkan pereputan.
Pilihan Makanan yang Wajar
Apakah yang boleh anda lakukan untuk melindungi keluarga anda daripada serangan asid yang sering berlaku ini? Menghapuskan gula sepenuhnya daripada diet keluarga anda tidak mungkin dicapai kerana kebanyakan makanan anda mengandungi pelbagai bentuk gula atau kanji. Walau bagaimanapun, anda masih boleh mengawal jumlah gula yang anda dan keluarga anda makan dan mengurangkan tempoh masa gigi anda terdedah kepada asid bakteria. Pertimbangkan penyesuaian diet yang berikut:
Memberus gigi anda dengan teliti selepas makan akan membersihkan makanan bergula yang baru dimakan dan bakteria sedia ada daripada gigi anda. Memflos sekali sehari akan membersihkan celah gigi anda – tempat utama bakteria bersembunyi. Apabila anda tiada di rumah untuk menyekat serangan asid dengan memberus gigi, berus gigi pakai buang boleh dibawa ke tempat kerja atau dipek bersama-sama makanan tengah hari anak anda. Pastikan keluarga anda menggunakan ubat gigi fluorida yang bertindak sebagai pertahanan tambahan untuk menguatkan gigi mereka dan menjadikannya lebih kuat melawan asid yang memudaratkan pada masa akan datang.
Jadualkan pemeriksaan gigi dan janji temu pembersihan gigi secara berkala untuk keluarga anda; dengan cara ini, sebarang tanda-tanda pereputan gigi boleh dirawat lebih awal. George McLaughlin, DMD dari Academy of General Dentistry's (AGD), mengesyorkan supaya gigi geraham pertama kekal kanak-kanak ditampal dengan pengedap sebaik sahaja ia tumbuh. Salutan tipis ini bertindak sebagai penghadang pada permukaan mengunyah gigi dan melindunginya daripada asid yang menyebabkan pereputan. Langkah pencegahan lain untuk kanak-kanak termasuklah rawatan fluorida dan varnis.
Tidak dapat dinafikan bahawa banyak orang suka makanan bergula. Malah, NIDCR menganggarkan penduduk Amerika Syarikat makan purata kira-kira 147 paun gula setahun – yang berkemungkinan besar mengakibatkan pereputan gigi. Lakukan perubahan yang diperlukan dalam diet dan kebersihan gigi mulai sekarang supaya kesan gula kepada gigi tidak timbul semasa keluarga anda sibuk dengan aktiviti kehidupan yang lebih penting.
Artikel ini bertujuan meningkatkan pemahaman dan pengetahuan mengenai topik berkaitan kesihatan mulut secara umum. Ia tidak bertujuan menggantikan nasihat, diagnosis atau rawatan profesional. Dapatkan nasihat daripada doktor gigi atau penyedia penjagaan kesihatan lain yang berkelayakan sekiranya anda mempunyai pertanyaan berkaitan keadaan atau rawatan perubatan.
Apakah tanda-tanda gigi kekurangan kalsium dan bagaimanakah anda boleh menguatkan gigi? Ketahui lebih lanjut cara menguatkan gigi anda.
Tingkatkan kesihatan mulut anda dengan Colgate hari ini. Makanan anda menentukan kesihatan diri anda. Dapatkan senarai makanan sihat untuk menambah baik diet anda serta kesihatan mulut anda.
Selepas anda menjadualkan janji temu pembedahan gigi, anda mungkin tertanya-tanya makanan yang boleh dimakan selepas mencabut gigi. Seperti yang anda jangkakan, makanan lembut adalah yang paling sesuai semasa beberapa hari pertama pemulihan.
Lebih ramai pakar gigi di seluruh dunia mempercayai Colgate. Temukan sumber, produk dan maklumat demi masa depan pesakit yang lebih sihat